Obama mahu Arab-Israel damai

Obama mahu Arab-Israel damai

mainpix

Obama mahu Arab-Israel damai

Hubungan Tel Aviv, Palestin, Damsyik, Beirut perlu dipulihkan

DAMSYIK: Pentadbiran Amerika berazam mencapai penyelesaian damai Arab-Israel yang ‘benar-benar menyeluruh’ termasuk hubungan normal antara Israel dengan semua negara Arab, kata utusan khas Presiden Barack Obama ke Asia Barat, George Mitchell semalam.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada wartawan di Damsyik selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Bashar Assad.

Ini adalah lawatan kedua Mitchell ke Syria sejak menyandang jawatan dalam usaha terbaru diplomatik di negara yang disenarai Washington sebagai penaja keganasan.

Mitchell menyifatkan perbincangan dengan Assad sebagai ‘amat tulus dan positif’ dan berkata beliau berbincang dengan pemimpin Syria itu mengenai ‘prospek meneruskan matlamat kami untuk mencapai perdamaian menyeluruh di wilayah ini dan meningkatkan hubungan di antara Syria dan Amerika Syarikat’.

“Saya memberitahu Presiden Assad bahawa Presiden Obama berazam mewujudkan perdamaian menyeluruh Arab-Israel. Ia bererti perdamaian antara Palestin dan Israel, antara Syria dan Israel dan antara Lubnan dengan Israel.

“Sudah tentu matlamat keseluruhannya ialah hubungan normal antara Israel dan semua negara di wilayah Arab. Inilah tujuan inisiatif perdamaian diadakan dan matlamat sebenar dalam usaha yang diambil,” katanya.

Beliau merujuk kepada apa yang dikatakan pelan damai Arab, dicadangkan kali pertama oleh Raja Abdullah Arab Saudi pada 2002 dan dilancarkan semula lima tahun kemudian.

Assad tidak bercakap dengan wartawan selepas mesyuarat itu tetapi agensi berita Syria memetik kenyataan beliau dalam rundingan itu yang memberi penekanan kepada ‘hak Arab untuk mendapatkan semula tanah yang dirampas Israel melalui perdamaian menyeluruh’.

Mengenai rundingan damai dengan Israel dan Syria yang buntu sebelum ini, Mitchell berkata: “Matlamat yang hampir dicapai ialah menyambung semula rundingan damai. Perdamaian menyeluruh hanya satu-satunya jalan untuk menjamin kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan di wilayah ini.”

Beliau bagaimanapun berkata perdamaian menyeluruh memerlukan kerjasama Israel dan negara Arab.

Arab-Israel damai,Arab-Israel damai berita, Arab-Israel damai kini, Arab-Israel damai dunia, Arab-Israel damai asia,Arab-Israel damai malaysia, Arab-Israel damai melayu, Arab-Israel damai indon, Arab-Israel damai indonesia, Arab-Israel damai kl, Arab-Israel damai foto, Arab-Israel damai gambar, Arab-Israel damai bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1