Neuron gatal ditemui

Neuron gatal ditemui

in_07.1

Neuron gatal ditemui

PARA pengkaji telah menemui sel-sel saraf khusus penyebab kegatalan, satu penemuan yang berupaya memacu rawatan kulit yang lebih baik pada masa depan.

Eksperimen pada tikus menunjukkan bahawa ia mempunyai sel-sel saraf yang membawa kepada sensasi kegatalan. Ia bertentangan dengan kepercayaan popular bahawa gatal dan sakit mempunyai kaitan yang rapat.

Dilaporkan dalam jurnal Science, para pengkaji di Sekolah Perubatan Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) dan Hospital Universiti Peking Ketiga, Beijing, China berkata, mereka telah berjaya mencipta tikus bebas kegatalan dengan membunuh neuron khusus kegatalan itu.

“Penemuan itu memberikan implikasi terapeutik yang amat penting,” kata Zhou-Feng Chen dari Universiti Washington yang mengetuai kajian itu.

“Kami telah menunjukkan neuron-neuron khusus untuk kegatalan tetapi bukan untuk sakit. Ini bermakna sel-sel itu boleh jadi mengandungi reseptor khusus gatal atau molekul yang boleh diteroka untuk rawatan kegatalan kronik pada masa depan,” tambahnya.

Ekzema, psoriasis, alahan, jangkitan dan kondisi-kondisi yang lain boleh menyebabkan kegatalan kronik dan rawatan pada masa ini tidak berkesan sepenuhnya.

Pada tahun 2007, para pengkaji telah mengenal pasti gen gatal pertama yang dinamakan reseptor peptida pelepas gastrin atau GRPR. Ia terletak pada saraf tunjang.

“Tetapi, penemuan reseptor gatal itu belum dapat memastikan yang ia adalah neuron-neuron khusus untuk gatal kerana ia mungkin turut berkait dengan kesakitan,” kata Chen.

Jadi, kali ini, pengkaji-pengkaji telah menyuntik saraf tunjang tikus-tikus dengan satu toksin yang dikaitkan dengan GRPR. Selepas kira-kira dua minggu, toksin itu telah membunuh lebih kurang 80 peratus sel yang membentuk GRPR.

Sebelum suntikan itu, tikus-tikus berkenan sering menggaru. Tetapi, selepas sel-sel gatal itu dibunuh, garuan tikus-tikus itu berkurang dan sesetengah tikus terus berhenti menggaru.

Rangka perwira 4,500 tahun

RANGKA seorang lelaki dipercayai berusia kira-kira 4,500 tahun, berkemungkinan seorang perwira ditemui di Rome, Itali, baru-baru ini.

Rangka lelaki yang didakwa mati kerana ditusuk anak panah di dadanya itu ditemui ketika satu kegiatan arkeologi dilaksanakan di satu kawasan pantai di Rom pada Mei lalu. Rangka itu digelar Nello.

“Kami fikir ia merupakan rangka tentera Rom, tetapi pakar kemudian mengenal pasti bahawa ia adalah rangka dari abad ketiga sebelum Masihi,” kata satu sumber.

Enam buah pasu kecil turut ditemui tertanam bersama rangka berkenaan, yang kakinya telah hilang. Lelaki muda itu berkemungkinan hidup dalam era zaman prasejarah Otzi. Beberapa mayat beku dari zaman prasejarah itu pernah ditemui di banjaran Alps, Itali pada 1991.

Ahli arkeologi berkata, mereka merancang untuk mempergiat aktiviti cari gali kerana percaya penemuan tersebut boleh menjadi titik tolak yang akan membawa mereka meneroka lebih banyak lagi rahsia silam di situ.

Neuron, Neuron berita, Neuron kini, Neuron dunia, Neuron asia, Neuron malaysia, Neuron melayu, Neuron indon, Neuron indonesia, Neuron kl, Neuron foto, Neuron gambar, Neuron bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1