Nasri milik City?

Nasri milik City?

MANCHESTER – Manchester City berharap untuk menandatangani Samir Nasri dengan harga £22 juta (RM108.4 juta) dalam tempoh 24 jam ini.

City awal pagi semalam telah pun bersetuju untuk memelengkapkan beberapa perkara terakhir bagi menyelesaikan pembelian tersebut.

Seterusnya, pemain tengah Arsenal itu akan menjalani ujian perubatan sebelum menurunkan tandatangan untuk beraksi dengan City selama lima tahun.

Dengan pembelian Nasri itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan pengurus City, Roberto Mancini pada musim panas ini ialah sebanyak 74 juta (RM364.7 juta).

Ia merangkumi pembelian Gael Clichy, Stefan Savic dan juga Sergio Aguero.

Kemasukan Nasri juga bakal memberi ruang buat Mancini mempelbagaikan corak serangannya dan mampu menukar empat pemain serangan untuk setiap perlawanan ke perlawanan lain.

Nasri, 24, merupakan pemain terakhir yang diperlu- kan Mancini untuk memperkukuhkan pasukan bagi membolehkan City bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana England dan beraksi baik di pentas Liga Juara- Juara.

Ia merupakan permintaan Mancini kepada pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak dalam usahanya membina skuad mantap setelah City menamatkan saingan musim lalu dengan menjuarai Piala FA dan menduduki tangga ketiga liga.

berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bf1, berita bulan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kini, berita kl, berita maju, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, sukan, nasri, milik, nasri, bersetuju, pemain, tengah, Arsenal, perubatan, menurunkan, tandatangan, beraksi, City, Nasr,  Roberto Mancini, Gael Clichy, Stefan Savic, Sergio, Aguero, Nasri, milik, City, Khaldoon, Al Mubarak