Nasib Terry ditentukan hari ini

Nasib Terry ditentukan hari ini

Nasib Terry ditentukan hari ini

LONDON – Masa depan John Terry (gambar) sebagai ketua pasukan England akan diputuskan hari ini, selepas tekanan selama beberapa hari diberikan ke atasnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan kekasih bekas rakan sepasukan di skuad kebangsaan.

Ketua jurulatih, Fabio Capello terbang ke England kelmarin, dan akan membuat keputusan secepat mungkin, sama ada mahu melucutkan tugas pemain pertahanan itu sebagai ketua pasukan atau sebaliknya.

Keputusan tersebut akan dibuat sebelum berlangsungnya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pemain Chelsea berusia 29 tahun itu yang sudah berkahwin, dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan model Vanessa Perroncel.

Perroncel merupakan teman wanita bekas pemain kebangsaan England, Wayne Bridge.

Berita sensasi tersebut bakal memberi pandangan berbeza kepada skuad tersebut yang bakal mengharungi Piala Dunia.

Capello dilihat kembali ke England, kelmarin selepas pulih daripada pembedahan lutut yang dilakukan di Switzerland, baru-baru ini.

Pengurus England itu dijangka akan membuat keputusan mengenai masa depan Terry sebelum undian kelayakan Euro 2012 di Warsaw, esok.

Pengendali dari Itali itu berhadapan penilaian rumit bagaimana untuk memberi tindak balas mengenai situasi yang berlaku dan telah mencetuskan perdebatan hangat.

Malah, Capello bakal berhadapan pelbagai kritikan ekoran tindakan yang bakal dilakukan olehnya, sama ada berpihak kepada Terry atau sebaliknya.

Nasib Terry, Nasib Terry berita, Nasib Terry kini, Nasib Terry dunia, Nasib Terry asia, Nasib Terry malaysia, Nasib Terry melayu, Nasib Terry indon, Nasib Terry indonesia, Nasib Terry kl, Nasib Terry foto, Nasib Terry gambar, Nasib Terry terkini, Nasib Terry web, Nasib Terry harian, Nasib Terry baru, Nasib Terry bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Nasib Terry,Nasib Terry ekonomi