Nadal mara, Murray tersingkir

Nadal mara, Murray tersingkir

Nadal mara, Murray tersingkir

NEW YORK – Jaguh No. 1 dunia, Rafael Nadal meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam, namun bintang Scotland, Andy Murray menamatkan kempen dengan kekalahan mengejut.

Nadal, pilihan pertama kejohanan tidak menghadapi banyak masalah ketika mengetepikan cabaran pemain Perancis, Gilles Simon 6-4, 6-4, 6-2 untuk mengetuai kemaraan lima pemain Sepanyol dalam undian atas.

Pemenang lapan kejuaraan Grand Slam itu bakal berdepan rakan senegara sendiri, Feliciano Lopez untuk merebut tiket ke suku akhir. Lopez mara selepas menyingkirkan Sergiy Stakhovsky dari Ukraine, yang menamatkan perlawanan lebih awal kerana kecederaan pada kedudukan 6-3, 4-0.

Terdahulu, seorang lagi pemain Sepanyol dan pilihan kelapan, Fernando Verdasco melepasi halangan jaguh Argentina, David Nalbandian 6-2, 3-6, 6-3, 6-2, manakala rakan senegara Verdasco iaitu pilihan ke-10, David Ferrer mara selepas menundukkan rakan senegara, Daniel Gimeno-Traver 7-6 (7-2), 6-2, 6-2.

Dengan kemaraan lima pemain ke pusingan keempat, Sepanyol sudah mengesahkan sekurang-kurangnya satu pemain di separuh akhir.

Tommy Robredo turut menyertai mereka selepas mengetepikan pencabar dari Perancis, Michael Llodra yang menamatkan permainan lebih awal kerana kecederaan pada kedudukan 3-6, 7-6 (8-6), 6-4, 2-1.

Sementara itu, Murray yang sebelum ini dianggap ancaman utama kepada bekas juara lima kali, Roger Federer dan Nadal dalam perebutan kejuaraan tahun ini, bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan 6-7 (3-7), 7-6 (7-4), 6-3, 6-3 kepada pemain Switzerland, Stanislas Wawrinka.

Pilihan keempat itu disebut-sebut sebagai calon untuk menyingkirkan Federer dan Nadal ekoran kejayaannya mempertahankan kejuaraan Toronto Masters, bulan lalu.

“Dalam set ketiga dan keempat, saya bergelut dengan fizikal dan ia sangat mengecewakan. Sudah lama saya tidak berada dalam situasi seperti ini, saya rasa seperti melepaskan peluang keemasan untuk memberikan yang terbaik.

“Saya bekerja keras setiap kali memasuki sesuatu kejohanan, apabila bergelut dengan fizikal, ia membuatkan saya sangat hampa. Saya kesal kerana ia berlaku, saya rasa perkara itu berlaku kepada semua orang dalam cara yang berbeza,” kata Murray.

Nadal mara, Nadal mara kini, Nadal mara terkini, Nadal mara terbaru, Nadal mara baru, Nadal mara skandal, gambar Nadal mara, foto Nadal mara, video Nadal mara, biografi Nadal mara, sejarah Nadal mara, web Nadal mara, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia