Mustapa ketua delegasi ke Apec 2009

Mustapa ketua delegasi ke Apec 2009

a8d86cb651a7c23a

Mustapa ketua delegasi ke Apec 2009

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2009 yang berlangsung selama dua hari bermula esok di Singapura.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, mesyuarat bertemakan ‘Mengekalkan Pertumbuhan Mampan, Menghubungkan Rantau Ini’ itu akan memberi penekanan kepada usaha memudahkan perdagangan dan pelaburan dan mengukuhkan perhubungan antara negara di Asia Pasifik.

Sejajar itu, katanya agenda mesyuarat Apec 2009 akan bertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama bagi menggalakkan pemulihan ekonomi serta pertumbuhan mapan di kalangan negara anggota.

“Kata sepakat bagi menghalang perlindungan, mencari penyelesaian untuk memuktamadkan rundingan Agenda Pembangunan Doha (DDA) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan meningkatkan inisiatif integrasi ekonomi serantau akan turut menjadi tumpuan mesyuarat,” katanya.

Miti berkata, menteri Apec akan turut membincangkan langkah fiskal, kewangan dan dasar berkaitan yang diambil negara anggota bagi menangani krisis ekonomi termasuk penstrukturan semula ekonomi bagi membantu perniagaan dan golongan sasar.

Menteri juga, katanya akan mengkaji bagaimana negara anggota dapat meningkatkan pertumbuhan secara menyeluruh dan mapan bagi menghadapi globalisasi dan perubahan iklim; meneroka bagaimana Apec dapat menghadapi usaha perlindungan dan menahan daripada mengambil halangan baru bagi perdagangan dan pelaburan merentas sempadan.

Miti berkata, menteri Apec akan turut membincangkan cara bagi meningkatkan integrasi ekonomi serantau menerusi pelbagai pendekatan komprehensif dan program kerja jangka panjang; selain mengenal pasti cara memperkukuhkan kerjasama ekonomi negara anggota dan WTO.

Antara inisiatif utama yang diambil termasuk menyediakan rangka kerja pemudah cara perdagangan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing serta daya tarikan rantau ini untuk perdagangan dan pelaburan serta membangunkan rangka kerja bagi meningkatkan persekitaran perniagaan melalui pembaharuan peraturan bidang utama dan program kerjasama bina upaya dalam perkhidmatan merentas sempadan serta barangan dan perkhidmatan berkaitan alam sekitar.

Inisiatif lain ialah memperkukuhkan jaringan logistik dan pengangkutan bagi memudahkan pergerakan barangan merentas sempadan lebih cepat, murah dan mudah.

Miti berkata, mesyuarat itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan bentuk kerjasama dan inisiatif secara kolektif untuk menangani krisis ekonomi; selain menekankan supaya negara anggota memastikan pasaran mereka terbuka dan membendung usaha perlindungan bagi memperkukuhkan perdagangan dan aliran pelaburan.

Malaysia juga akan membangunkan program kerja bersesuaian dan mengukuhkan usaha bina upaya Apec bagi membantu penyusunan semula dan pemulihan ekonomi negara anggota, selain mengambil peluang memberi penekanan semula terhadap keperluan Apec supaya menumpu kepada pencapaian berasaskan liberalisasi perdagangan dan pelaburan dalam rantau ini melalui prinsip sukarela, tidak terikat dan keterbukaan serantau .

Apec,Apec berita, Apec kini, Apec dunia, Apec asia,Apec malaysia, Apec melayu, Apec indon, Apec indonesia, Apec kl, Apec foto, Apec gambar, Apec bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1