Muslim Xinjiang cemas misteri tikam picagari

Muslim Xinjiang cemas misteri tikam picagari

du_06.1

Muslim Xinjiang cemas misteri tikam picagari

BEIJING – Polis China semalam menahan 15 orang di Xinjiang yang dipercayai melakukan serangan rambang dengan menikam orang ramai menggunakan picagari sehingga mencemaskan masyarakat tempatan.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan seorang doktor di ibu negeri Urumqi, berkata jumlah cedera mencecah 1,000 orang namun beliau enggan mengesahkan angka sebenar.

Sehingga kini belum ada mangsa yang disahkan dijangkiti penyakit atau mengalami keracunan.

“Menurut saksi, ratusan penduduk Urumqi pada Rabu membuat bantahan di jalan raya mengkritik keganasan pihak tertentu dan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap pesalah,” lapor akhbar pro-Beijing di Hong Kong, Wen Wei Po.

Seorang pelancong yang dihubungi agensi berita Reuters berkata, keadaan agak tegang dengan kebanyakan etnik pendatang Han China dituduh menikam etnik penduduk asal Uighur.

Akhbar di Hong Kong itu mendakwa, lebih 470 orang cedera ditikam oleh penyerang yang kemudian segera melarikan diri. Kebanyakan mangsa hanya menyedari mereka ditikam selepas penyerang bertindak lari ke tempat lain.

Xinhua melaporkan, mangsa-mangsa terdiri daripada sembilan etnik termasuk Uighur dan Han. Pegawai kerajaan Xinjiang tidak memberi sebarang kenyataan. Empat daripada 15 suspek yang ditahan telah dibebaskan.

Pada 5 Julai lalu, Xinjiang dilanda keganasan etnik terburuk apabila penduduk asal Uighur yang beragama Islam menyerang etnik imigran Han sebagai bantahan kepada pembunuhan dua orang Uighur di sebuah kilang.

muslim xinjiang, muslim xinjiang kini, muslim xinjiang terkini, muslim xinjiang terbaru, muslim xinjiang baru, muslim xinjiang skandal, gambar muslim xinjiang, foto muslim xinjiang, video muslim xinjiang, biodata muslim xinjiang, biografi muslim xinjiang, sejarah muslim xinjiang, web muslim xinjiang, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Muslim Xinjiang, Xinjiang