Mourinho alih tumpuan

Mourinho alih tumpuan

Mourinho alih tumpuan

LONDON – Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dilaporkan cuba mengalihkan tumpuan kepada pemain pertahanan kiri Manchester United, Patrice Evra.

Mourinho akan berbuat demikian sekiranya tawaran berjumlah £20 juta (RM99 juta) yang ditawarkan kepada pemain Chelsea, Ashley Cole ditolak.

Baru-baru ini, pengurus baru Real itu menarik diri daripada perebutan untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri Lazio, Alexsandr Kolarov yang turut diburu beberapa kelab Liga Perdana England.

Setakat ini, Cole masih lagi menjadi pilihan pertama tetapi Mourinho bimbang Chelsea akan meletakkan harga yang tinggi, sekali gus tidak mampu untuk dibayar Real.

Pada masa yang sama, Mourinho cukup yakin untuk mendapatkan Nemanja Vidic dari Old Trafford.

Selepas terbabit dalam kontroversi pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini, pemain pertahanan Perancis, Evra dikaitkan dengan perpindahan.

Evra sedar mengenai tawaran Real tetapi United tidak mempunyai pemain lain di posisi pertahanan kiri itu.

Manakala Cole bertekad untuk meninggalkan Chelsea dan ketika menghabiskan cuti selama dua minggu, dia membe- ritahu rakan-rakannya di Los Angeles, dia mahu berpindah.

Mourinho menandatangani Cole dari Arsenal ketika dia menjadi pengurus Chelsea dan masih berharap untuk membeli pemain itu.

Mourinho, Mourinho kini, Mourinho terkini, Mourinho terbaru, Mourinho baru, Mourinho skandal, gambar Mourinho, foto Mourinho, video Mourinho, biodata Mourinho, biografi Mourinho, sejarah Mourinho, web Mourinho, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, Mourinho