Morita wakil Asia ke separuh akhir

Morita wakil Asia ke separuh akhir

KUALA LUMPUR – Pemain Jepun, Ayumi Morita menjadi wakil tunggal Asia mara ke saingan separuh akhir tenis Terbuka Malaysia selepas menewaskan lawannya dari Afrika Selatan, Chanelle Scheepers 6-3, 7-5, semalam.

Rentak persembahan Morita begitu agresif dengan menggunakan kekuatan bola stroke di samping sering memaksa Scheepers banyak bergerak di dalam gelanggang.

Walaupun menang dengan selesa pada set pertama, pemain ke-103 dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras pada set berikutnya apabila Scheepers hampir menyeret permainan ke set ketiga.

Namun, Morita pantas mendapatkan mata break pada kedudukan 5-5 sebelum menyudahkan mata terakhir untuk meneruskan cabaran di Terbuka Malaysia.

”Dalam lima hari sepanjang kejohanan, permainan saya semakin bertambah baik dan menyakinkan dan saya harap dapat beraksi di pentas akhir Ahad ini.

Morita, 19, akan berdepan pilihan keempat kejohanan, Alisa Kleybanova dari Rusia yang menewaskan pemain Australia, Anastasia Rodionova.

Kleybanova mengambil masa 2 jam 32 minit untuk mengetepikan Rodionova, pemain yang begitu dikenali kuat merungut dalam kejohanan dengan tiga set 4-6, 6-3 dan 6-4.

”Saya pernah bertemu Kleybanova di Jepun dan saya tewas dalam pertemuan itu. Saya harapkan dapat memberi yang terbaik

apabila berdepan dengannya sekali lagi,” kata Morita yang meletakkan sasaran untuk berada di kalangan 50 pemain terbaik dunia penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, harapan untuk melihat seorang lagi pemain Asia beraksi di separuh akhir musnah selepas Chang Khai Chen dari Taiwan tewas kepada pemain Austria, Sybille Bammer yang merupakan pilihan keenam kejohanan.

Dia tumpas 3-6, 6-3, 6-3 dalam masa 127 minit kepada Bammer.

Morita, Morita kini, Morita terkini, Morita terbaru, Morita baru, Morita skandal, gambar Morita, foto Morita, video Morita, biodata Morita, biografi Morita, sejarah Morita, web Morita, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Moritaan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Morita, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,