Model terbaru SAV mampu tingkatkan jualan BMW

Model terbaru SAV mampu tingkatkan jualan BMW

Model terbaru SAV mampu tingkatkan jualan BMW

KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menjangkakan jualannya dalam segmen kenderaan aktiviti sukan (SAV) pada tahun ini akan meningkat berikutan usaha syarikat memperkenalkan model siri terbaru X1 semalam.

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, menerusi pengenalan siri terbaru itu, pihaknya turut optimis ia akan menjadi pemacu utama jualan dalam segmen tersebut sekali gus meningkatkan jumlah jualan kenderaan BMW di negara ini.

“Kami menjangkakan segmen SAV akan menyumbang sebanyak 20 peratus kepada jumlah jualan kumpulan tahun ini berbanding 15 peratus tahun lalu,” katanya selepas majlis pelancaran model BMW X1 xDrive 20d yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat di sini.

Tahun lalu, BMW Malaysia merekodkan jumlah jualan sebanyak 3,564 unit kenderaan dan 233 unit daripada jumlah tersebut merupakan kenderaan daripada segmen SAV.

Model BMW X1 xDrive 20d akan berada di bilik pameran pada penghujung minggu ini dan ditawarkan pada harga jualan runcit sebanyak RM299,800 seunit yang meliputi cukai jalan, pendaftaran serta pakej perkhidmatan dan pembaik pulihan selama tiga tahun.

BMW X1, BMW X1 berita, BMW X1 kini, BMW X1 dunia, BMW X1 asia, BMW X1 malaysia, BMW X1 melayu, BMW X1 indon, BMW X1 indonesia, BMW X1 kl, BMW X1 foto, BMW X1 gambar, BMW X1 terkini, BMW X1 web, BMW X1 harian, BMW X1 baru, BMW X1 bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi BMW X1,BMW X1 ekonomi,Model, terbaru, SAV, mampu, tingkatkan, jualan, BMW