Misteri kawah panjang 322km di Marikh

Misteri kawah panjang 322km di Marikh

Misteri kawah panjang 322km di Marikh

PARIS – Saintis di Eropah bingung apabila menemui imej rakaman terbaru yang menunjukkan satu kawah aneh sepanjang 322 kilometer (km) dan selebar 145km di permukaan planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kawah tersebut dikenali sebagai Orcus Patera berada di antara dua buah gunung berapi iaitu Elysium Mons dan Olympus Mons.

Istilah patera biasanya digunakan untuk merujuk jurang dalam atau kawah gunung berapi. Namun, para saintis Agensi Angkasa Eropah (ESA) masih gagal mengenal pasti punca kawah berkenaan.

Saintis-saintis itu percaya, penjelasan paling munasabah mengenai misteri kawah itu adalah ia disebabkan kesan hentaman kuat oleh sebuah tahi bintang kecil yang mungkin merempuh permukaan Marikh.

Imej-imej itu dirakamkan menerusi kamera digital resolusi tinggi oleh kapal angkasa Mars Express.

Misteri kawah, Misteri kawah kini, Misteri kawah terkini, Misteri kawah terbaru, Misteri kawah baru, Misteri kawah skandal, gambar Misteri kawah, foto Misteri kawah, video Misteri kawah, biodata Misteri kawah, biografi Misteri kawah, sejarah Misteri kawah, web Misteri kawah, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia