MHmobile permudah urusan penerbangan

MHmobile permudah urusan penerbangan

MHmobile permudah urusan penerbangan

MUNGKIN ada yang bersetuju jika dikatakan urusan penerbangan biasanya akan melibatkan proses yang sedikit remeh dan mengambil masa agak lama.

Bermula daripada urusan pembelian tiket sehingga hendak memulakan penerbangan, penumpang perlu mengikuti proses yang telah ditetapkan.

Dalam mana-mana syarikat penerbangan sekali pun, individu yang gagal mematuhi prosedur tersebut pastinya akan digugurkan daripada senarai penumpang.

Penetapan proses sedemikian sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan penumpang sebaliknya bertujuan mengelak berlakunya sebarang masalah selain memastikan para penumpang selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Mengambil pendekatan memudahkan urusan tersebut, syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah memperkenalkan aplikasi web mobiliti terbaru yang dikenali sebagai MHMobile-flymas.mobi.

Dilancarkan pada awal Disember tahun lalu, perkhidmatan itu membenarkan penumpang menempah tiket, mendaftar masuk, memperoleh informasi dan memeriksa status penerbangan hanya melalui telefon bimbit.

Sistem berkenaan sememangnya dibangunkan khusus untuk platform web mobiliti dan tidak memerlukan pengguna memuat turun sebarang perisian.

Lebih menarik apabila ia turut boleh diakses daripada semua model telefon bimbit yang mempunyai capaian sambungan internet menerusi pautan kata kunci flymas.mobi.

Menurut Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan Rangkaian dan Hasil MAS, Dr. Amin Khan, MHMobile-flymas.mobi merupakan sebahagian daripada inisiatif Sistem Perkhidmatan Pelanggan yang dilaksanakan oleh MAS.

”Sistem ini merupakan teknologi servis penerbangan yang sangat komprehensif, pintar dan mudah difahami.

”Dengan pengoperasian selama 24 jam, ia pastinya memberi peluang kepada pengguna menjalankan pelbagai urusan penerbangan secara mobiliti tidak kira di mana mereka berada,” katanya pada taklimat media di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dengan pilihan medium Bahasa Malaysia dan Inggeris, MHMobile-flymas.mobi memberi fokus kepada antara muka yang lebih mudah dan ringkas dengan ruang kemasukan data yang minimum.

Ia bertujuan memastikan urusan sistem berkenaan berjalan lancar, tidak mengganggu kelajuan akses dan jangka hayat bateri serta menjimatkan kos.

Memasuki laman utama sistem berkenaan, pengguna akan diberi pilihan lapan menu iaitu tempahan, periksa tempahan, daftar masuk, status penerbangan, jadual, maklumat dihubungi, pengesanan bagasi dan tawaran jualan.

Untuk fungsi tempahan, penumpang berpeluang membeli tiket bagi destinasi yang mempunyai masa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu penerbangan.

”Mereka dibenarkan membuat tempahan sehingga sembilan orang penumpang pada satu-satu masa.

”Sistem ini juga mempunyai kelebihan memaparkan pilihan senarai destinasi yang menawarkan kadar tambang terendah,” jelasnya.

Untuk membuat tempahan, pengguna hanya perlu mengisi maklumat peribadi pada ruang yang disediakan dan kemudian pengesahan mengenainya akan dihantar menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) serta emel.

Laman tersebut akan turut memaparkan nombor pusat panggilan MAS serta alamat pejabat jualan tiket untuk tujuan pembayaran sama ada secara tunai atau kad kredit.

Bagi fungsi daftar masuk pula, para penumpang boleh melaksanakan prosedur itu dengan memilih lokasi tempat duduk secara dalam talian sebelum mereka menerima pautan pas berlepas menerusi SMS.

Pautan itu akan dilengkapi kod bar dua dimensi (2D) yang mengandungi semua maklumat mengenai penumpang bagi kemudahan urusan mengambil pas berlepas.

Tambahan kepada semua fungsi tersebut, penumpang juga boleh memeriksa status penerbangan mereka berdasarkan tarikh dan nombor penerbangan (MH).

Di samping itu, kehadiran fungsi pengesanan bagasi pula bakal memberi kemudahan kepada penumpang memeriksa bagasi yang lewat tiba.

Ini kerana sistem tersebut akan dihubungkan kepada pusat panggilan MAS yang terdekat sama ada di dalam negara atau destinasi antarabangsa untuk mengetahui status terkini.

Sesuatu yang baru, sistem itu merupakan aplikasi penerbangan bergerak pertama yang menghubungkan tempahan kepada laman web sosial seperti Facebook, Triplt dan Doppir.

Tujuannya agar penumpang dapat pelan perjalanan mereka kepada sahabat dan saudara -mara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh para penumpang.

Antaranya seperti tempahan tiket perlu dibuat dalam jangka masa 30 hari selain ia hanya melibatkan penerbangan yang menggunakan kod MH seperti pesawat MAS dan MASwings tidak termasuk Firefly.

Selain itu, tempahan juga hanya boleh dilakukan untuk penumpang dewasa manakala pemilihan tempat duduk di dalam pesawat pula hanya dibuka untuk pengguna telefon bimbit Android, Blackberry dan iPhone.

Untuk perluasan aplikasi tersebut pada masa hadapan, MAS bercadang berkerjasama dengan pihak berkuasa Imigresen di negara-negara destinasi agar implementasinya dapat dilakukan secepat mungkin.

MHmobile, MHmobile kini, MHmobile terkini, MHmobile terbaru, MHmobile baru, MHmobile MHmobile, gambar MHmobile, foto MHmobile, video MHmobile, biodata MHmobile, biografi MHmobile, sejarah MHmobile, web MHmobile, MHmobile terkini, MHmobile terbaru, MHmobile penting, MHmobile dunia, MHmobile MHmobile, MHmobile malaysia, MHmobile melayu, MHmobile indon, MHmobile indonesia, MHmobile kl, MHmobile tv, MHmobile MHmobile, MHmobile gay, MHmobile artis, MHmobile hiburan, MHmobile sukan, MHmobile ekonomi, MHmobile sains, MHmobile teknologi, MHmobile kesihatan, MHmobile sejarah, MHmobile politik, MHmobile bf1, dunia, MHmobile, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi