Messi julang Barcelona

Messi julang Barcelona

BARCELONA – Pertahanan Barcelona, Gerard Pique menuduh jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ‘merosakkan bola sepak Sepanyol’ berikutan kepayahan juara Eropah itu mencari kemenangan Piala Super Sepanyol, kelmarin.

Lionel Messi menjaringkan gol lewat untuk memastikan kemenangan agregat 5-4 ke atas Real dalam satu pertemuan mendebarkan.

Tiga kad merah dilayangkan selepas ketegangan memuncak pada penghujungnya perlawanan.

“Mourinho merosakkan bola sepak Sepanyol. Orang ramai mencari pelakunya tetapi mereka berada di Real. Seseorang perlu mendapatkan video itu, menganalisisnya dan berkata, siapa hendak dipersalahkan,” kata Pique.

Mourinho yang pernah dihukum oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menuduh pemain Barcelona berlakon bagi mempengaruhi pengadil, sebaliknya musuh ketat mereka menyangkal dan mendakwa pemain-pemain Real terlalu agresif.

“Kami harap setiap orang (keesokannya) akan bercakap mengenai sebuah permainan hebat bola sepak dan bukannya pergaduhan,” kata Pique.

Terjahan keras pertahanan Real, Marcelo terhadap pemain gantian, Cesc Fabregas pada minit terakhir perlawanan memburukkan lagi keadaan.

Marcelo dan rakan sepasukannya, Mesut Ozil dibuang padang begitu juga pemain Barca, David Villa.

Pada sidang akhbar selepas perlawanan, Mourinho menuduh pemain Barca rebah ke tanah dengan mudah.

“Marcelo mendapat kad merah kerana kita semua tahu apa yang berlaku selepas terjahan di kawasan tertentu padang,” kata warga Portugal itu.

Ketika pergaduhan pemain dan kakitangan pengurusan, gambar televisyen yang tersiar menunjukkan Mourinho menyelinap di belakang penolong jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dan mencucuk matanya.

Ketika ditanya mengenai insiden itu, Mourinho menjawab: “Saya pernah bersopan dan bermain seperti seorang lelaki dan tidak rebah ke tanah pada sentuhan pertama. Saya tidak pasti siapa Vilanova.”

berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bf1, berita bulan, beritadunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kini, berita kl, berita maju, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, sukan, Pertahanan, Barcelona, Gerard Pique, menuduh, jurulatih, Real Madrid, Jose Mourinho, bola, sepak, Sepanyol,’ juara, Eropah, kemenangan, Piala, Super, Sepanyol, Lionel Messi, gol, lewat, mendebarkan, Tiga, kad, merah, David Villa, Mesut Ozil