Messi hadiahkan kemenangan

Messi hadiahkan kemenangan

Messi hadiahkan kemenangan

MADRID – Jaringan lewat Lionel Messi membantu Barcelona menewaskan Malaga 2-1 awal pagi semalam untuk terus memastikan juara bertahan itu mengatasi Real Madrid dalam saingan Liga Sepanyol.

Real terus mengekori rapat Barcelona setelah membelasah Tenerife 5-1 dengan mereka kini masih ketinggalan dua mata di belakang Barcelona untuk berada di tangga kedua.

Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-58 sebelum pemain gantian Malaga, Valmiro Valdo menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Namun tiga minit kemudian, Messi menjaringkan gol kemenangan Barcelona yang juga jaringan peribadi ke-17 musim ini bagi menyamai penyerang Valencia, David Villa.

“Perlawanan ini cukup sukar biarpun kami berjaya menjaringkan dua gol. Ia kemenangan yang penting dan kami perlu terus mengutip tiga mata kerana Real juga terus beraksi dengan baik,” kata Messi.

Sementara itu, Real terus garang apabila mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain.

Biarpun Tenerife merapatkan kedudukan menerusi jaringan Garcia Perez Ayoze pada awal babak kedua, Real menambah tiga lagi gol selepas itu menerusi Kaka (48), Cristiano Ronaldo (80) dan Raul (90).

“Saya sangat gembira dengan apa yang dipamerkan pasukan secara keseluruhannya. Kami memiliki kepelbagaian pemain yang menghasilkan satu perbezaan.

“Inilah keputusan atas segala kerja keras yang kami lakukan,” kata jurulatih Real, Manuel Pellegrini.

Messi, Messi kini, Messi terkini, Messi terbaru, Messi baru, Messi skandal, gambar Messi, foto Messi, video Messi, biodata Messi, biografi Messi, sejarah Messi, web Messi, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Messian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Messi, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,