Menara tertinggi dunia Burj Dubai ditutup

Menara tertinggi dunia Burj Dubai ditutup

Menara tertinggi dunia Burj Dubai ditutup

[media id=73 width=500 height=400]

DUBAI – Pemilik Burj Khalifa semalam menyatakan ruang tempat melihat pemandangan di bangunan tertinggi di dunia itu di sini telah ditutup semalam.

Penutupan itu menyebabkan pelawat-pelawat berasa kecewa sekali gus menjejaskan reputasi bangunan berkenaan sebulan selepas ia dibuka.

Bangunan setinggi 828 meter itu diharapkan akan dapat membantu meningkatkan industri pelancongan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sejak beberapa minggu lalu, ribuan pelancong beratur untuk membeli tiket lebih awal bagi melihat pemandangan dari bangunan tertinggi itu.

Tiket untuk menyaksikan pemandangan dari bangunan bernilai AS$1.5 bilion (RM5.15 bilion) itu berharga lebih AS$27 (RM93).

Kini kebanyakan pelancong seperti Wayne Boyes dari manchester, England terpaksa beratur untuk mendapatkan semula wangnya semasa memulangkan tiket kerana ruang pemandangan tersebut ditutup.

“Ia amat mengecewakan,” katanya yang berumur 40 tahun semalam.

“Bangunan tertinggi dunia itu merupakan punca saya datang ke sini,” tambahnya.

Punca penutupan ruang untuk melihat pemandangan itu tidak diketahui. Dalam satu kenyataan, pemilik bangunan itu, Emaar Properties menyalahkan penutupan tersebut dibuat kerana bilangan pelancong yang ramai.

Namun, ia kemudian menyatakan punca sebenar ialah kerana masalah elektrik.

“Isu teknikal berkaitan dengan tenaga elektrik kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor utama dan subkontraktor manakala orang awam akan diberitahu selepas kerja-kerja itu selesai dilakukan,” kata syarikat berkenaan.

Menara tertinggi, Menara tertinggi berita, Menara tertinggi kini, Menara tertinggi dunia, Menara tertinggi asia, Menara tertinggi malaysia, Menara tertinggi melayu, Menara tertinggi indon, Menara tertinggi indonesia, Menara tertinggi kl, Menara tertinggi foto, Menara tertinggi gambar, Menara tertinggi terkini, Menara tertinggi web, Menara tertinggi harian, Menara tertinggi baru, Menara tertinggi bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Menara tertinggi,Menara tertinggi ekonomi,Menara tertinggi,dunia, Burj, Dubai, ditutup