McLeish tarik nafas lega

McLeish tarik nafas lega

BIRMINGHAM – Alex McLeish mendapat kemenangan pertamanya sebagai pengurus Aston Villa selepas menewaskan Blackburn Rovers 3-1 di Villa Park, kelmarin.

Pemain perancang, Gabriel Agbonlahor meletakkan Villa di depan pada minit ke-12 sebelum penyerang veteran, Emile Heskey menambah gol kedua pada minit ke-25.

Pemain sayap Norway, Morten Gamst Pedersen merapatkan kedudukan untuk Rovers tetapi penyerang England, Darren Bent melengkapkan kemenangan Villa dengan gol ketiga pada minit ke-67.

Selepas melalui kepahitan yang menyaksikan pasukan bimbingannya sebelum ini, Birmingham tersingkir, McLeish diberi sambutan mesra ke kelab barunya itu.

Pengurus Rovers, Steve Kean yang digantung daripada memandu kenderaan selama 18 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk, melakukan dua pertukaran dalam usaha untuk mencari mata pertama buat Blackburn musim ini.

Dia membawa masuk ketua pasukan, Ryan Nelsen kembali di bahagian pertahanan menggantikan pemain Australia, Brett Emerton yang mengalami kecederaan.

Kean juga memberi peluang buat penyerang, David Goodwillie beraksi dalam kesebelasan utama, selepas dibeli dari Dundee United, di mana pemain Argentina, Mauro Formica diletakkan di bangku simpanan.

McLeish meraikan gol pertama Villa musim ini selepas Agbonlahor memasuki kawasan penalti daripada sebelah kiri dan melepaskan rembatan lencong melalui kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol, Paul Robinson.

Heskey kemudiannya menjadikan kedudukan lebih selesa melalui jaringan hasil hantaran Agbonlahor. Ia adalah gol pertamanya dalam saingan liga sejak 2 Januari lalu.

Blackburn cuba memberikan tentangan dengan memperoleh jaringan cantik daripada Pedersen apabila Hoilett beraksi baik di sebelah kiri mengelak daripada diterjah sebelum melakukan hantaran lintang ke dalam petak penalti.

Tidak sampai seminit, Bent meletakkan kelebihan dua gol dengan menjaringkan gol hasil bola lantunan dalam petak penalti selepas usaha keras daripada ketua pasukan, Stiliyan Petrov.

mcleish, tarik, mcleish tarik, nafas, tarik nafas, lega, nafas lega, Alex McLeish, kemenangan,  pengurus, Aston Villa, menewaskan, Blackburn Rovers, Villa Park, kelmarin, Pemain, perancang, Gabriel Agbonlahor, Villa, minit, penyerang, veteran, Emile Heskey, gol, kedua, Pemain, sayap, Norway, Morten Gamst Pedersen, Ryan Nelsen, Stiliyan Petrov, David Goodwillie, Agbonlahor, Kean