‘McLaren tiru sistem Red Bull’

‘McLaren tiru sistem Red Bull’

LONDON – Pengarah teknikal Red Bull, Adrian Newey menjelaskan, McLaren telah mempamerkan peningkatan memberangsangkan pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Australia, Ahad lalu.

Jelas Newey, ia disebabkan McLaren telah meniru sistem ekzos yang diguna pakai oleh Red Bull.

McLaren bergelut dengan prestasi ketika sesi ujian pramusim dengan ketinggalan di belakang pencabar utama mereka itu kira-kira dua saat sepusingan.

Begitupun, pada GP Australia lalu, pasu- kan yang berpangkalan di Woking itu muncul pesaing terdekat Red Bull dan mengatasi Ferrari yang mendahului mereka pada sesi ujian baru-baru ini.

Justeru, Newey menjelaskan, McLaren harus berterima kasih kepada Red Bull di atas pencapaian mereka itu.

“McLaren telah membuat satu langkah yang besar dengan meniru sistem ekzos kami, itu yang saya tahu.

“Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah mereka mula mempamerkan peningkatan. Saya jamin mereka akan memberi sai- ngan sengit kepada kami,” kata Newey.

McLaren bagaimanapun bukanlah satu-satunya pasukan yang meniru Red Bull kerana pasukan Williams telah pun mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan sistem ekzos yang sama pada GP China, April ini.

“Kami rasa ia memang berguna bagi kami. Nampaknya ia juga berguna kepada McLaren.

“Ia memang membanggakan kami tetapi ia akan jadi lebih menyakitkan hati jika mereka dapat menewaskan kami dengan cara ini,” tambah Newey.

Ketika semua pencabar Red Bull sedang berusaha mengurangkan jurang masa dengan mereka, Newey juga berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan jarak tersebut de- ngan mendedahkan pasukan mungkin akan menggunakan sistem tenaga kinetik (KERS) pada GP Malaysia pada 10 April ini.

Meskipun tanpa bantuan alat tersebut pada GP Australia, ia masih gagal menghalang Sebastian Vettel daripada mencatat kejayaan.

“Kami harap dapat menggunakannya di Malaysia, tetapi yang paling utama adalah kami kena membentuk sebuah jentera yang berketahanan tinggi.

“Jika kami rasa dapat melakukannya, maka kami akan menggunakan sistem ini dalam perlumbaan,” jelas Newey lagi.

mcLaren, mcLaren berita, mcLaren kini, mcLaren dunia, mcLaren asia, mcLaren malaysia, mcLaren melayu, mcLaren indon, mcLaren indonesia, mcLaren kl, mcLaren foto, mcLaren gambar, mcLaren bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1