Mayat perisik Britain ditemui di dalam beg

Mayat perisik Britain ditemui di dalam beg

Mayat perisik Britain ditemui di dalam beg

LONDON – Mayat seorang perisik Britain yang dibunuh kira-kira dua minggu lalu ditemui di dalam satu beg sukan besar di bilik mandi di rumahnya pada Isnin lalu yang terletak hanya beberapa kilometer dari ibu pejabat perisikan MI6.

Pihak Scotland Yard semalam telah melancarkan satu inkuiri pembunuhan berikutan penemuan mengerikan di Pimlico, tengah London itu. Penyiasat menyatakan lokasi kejadian agak pelik kerana telefon bimbit dan kad Sim milik perisik yang berusia 30-an itu berada dalam keadaan tersusun.

Mangsa yang tinggal di kawasan rumah mewah itu difahamkan bekerja sebagai pegawai komunikasi kerajaan atau GCHQ di Cheltenham, Gloucestershire. Dia juga dikatakan dipinjamkan kepada ibu pejabat Perkhidmatan Perisikan Rahsia, MI6.

MI6 bertanggungjawab mengumpul maklumat rahsia musuh-musuh Britain di luar negara, sekali gus membuatkan perisik itu sebagai sasaran kumpulan pengganas.

Memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang matematik daripada Universiti Cambridge, mangsa disifatkan oleh jiran-jirannya sebagai seorang yang baik dan gemar berbasikal.

Seorang jiran, Laura Houghton memberitahu lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Gareth. Tingkap dan langsir rumahnya sentiasa tertutup.

Perincian mengenai insiden itu akan dimasukkan ke dalam taklimat perisikan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan diserahkan kepada timbalannya, Nick Clegg semalam.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. Scotland Yard menyatakan punca kematian belum diketahui.

Mayat, Mayat kini, Mayat terkini, Mayat terbaru, Mayat baru, Mayat skandal, gambar Mayat, foto Mayat, video Mayat, biodata Mayat, biografi Mayat, sejarah Mayat, web Mayat, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia