Massa tekad padam memori pahit di Hockenheim

Massa tekad padam memori pahit di Hockenheim

Massa tekad padam memori pahit di Hockenheim

SPA-FRANCORCHAMPS: Pemandu Brazil, Felipe Massa yang seleranya tidak terganggu oleh kekecohan kemenangan Ferrari `yang diatur di Jerman Julai lalu, berusaha menghapuskan semua kenangan buruk dengan kemenangan yang cukup lama dinanti oleh pasukan Itali itu – Grand Prix Belgium, hujung minggu ini.

Di Hockenheim, kemenangan tampak memihaknya sebelum dia diarah memberikan pendahuluan kepada rakan sepasukan dan juara dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso – tindakan yang mencetuskan kontroversi.

Dan menjelang perlumbaan di litar kegemarannya minggu ini, Massa mahu membuktikan dia mempunyai bakat dan potensi untuk kembali muncul sebagai pemenang perlumbaan dengan persembahan penuh penguasaan dan tidak dicemari pihak lain.

Kali terakhir saya berlumba di sini adalah pada 2008 ketika saya menang, tetapi ia bukan sekadar memenangi perlumbaan tetapi juga mencintai trek ini, jelasnya. Ramai pemandu suka berlumba di sini.

Saya fikir semua pelumba tidak sabar menanti berlumba di sirkit hebat. Ia berkelajuan tinggi, memerlukan kurang downforce berbanding trek lain dan nasib baik, dalam beberapa perlumbaan lalu, kami menunjukkan bahawa kami semakin berdaya saing, malah lebih baik daripada jangkaan.

Maka, saya amat berharap kepada sesuatu yang baik hujung minggu ini.

Massa mencatatkan dua kali kedudukan tempat kedua dan satu tempat ketiga musim ini dalam kemunculan selepas kemalangan penuh trauma di Grand Prix Hungary tahun lalu, tetapi dia ketandusan gelaran hampir dua tahun selepas merangkul kemenangan ke-11 dalam kariernya di Sao Paulo, Brazil 2008.

Banyak pihak mendakwa dia dibelenggu tekanan, tetapi sebagai pemandu Brazil dan juga pemandu Ferrari, dia menghadapi tekanan tinggi untuk menepati jangkaan seumpama itu.

Massa, Massa  kini, Massa terkini, Massa terbaru, Massa baru, Massa skandal, gambar Massa, foto Massa, video Massa, biodata Massa, biografi Massa, sejarah Massa, web Massa, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia