‘Masa menuai hasil’

‘Masa menuai hasil’

LIVERPOOL – Kenny Dalglish percaya wajah baru Liverpool mula menunjukkan hasil tatkala Reds berusaha mengekalkan rentak tanpa kalah musim ini menentang Bolton, esok

Dalglish yang melakukan perubahan besar di Anfield sejak mengambil alih Januari lalu, mula melihat tanda-tanda kebangkitan Reds – selepas membelanjakan lebih RM500 juta membawa masuk pemain-pemain baru ke kelab tersebut.

Revolusi Dalglish menyenaraikan Andy Carroll, Luis Suarez, Charlie Adam, Jordan Henderson dan Stewart Downing menyaksikan percaturannya untuk melonjak kedudukan Reds menghuni empat teratas liga.

Kebangkitan itu semakin diyakini jika Liverpool berjaya membeli pemain bek Uruguay berusia 20 tahun, Sebastian Coates yang diberitakan menghampiri persetujuan dengan kelabnya, Nacional.

”Kami gembira dengan keadaan sekarang. Pemain-pemain telah berusaha keras dan kami gembira dengan permulaan ini.

”Kami akui bahawa pasukan (Reds) pada musim ini lebih kuat berbanding sebelumnya.

”Apa sekalipun perubahan yang anda buat, anda tidak akan menang dalam apa jua kejohanan jika anda (pemain) tidak menjaringkan gol.

”Apa yang penting kami perlu memastikan mereka yang bermain di depan (penyerang) menjaringkan gol dan pada masa yang sama tidak bolos,” katanya.

Liverpool memulakan aksi Liga Perdana dengan mencatat keputusan seri menentang Sunderland sebelum mencatat kemenangan ke atas Arsenal dan Exeter dalam Piala Liga sekali gus melonjak moral pemain-pemainnya di Anfield.

Dia juga gandingan dua penyerang Suarez dan Carroll mula menunjukkan keserasian.

Liverpool dijangka meneruskan permulaan cemerlang mereka menentang Bolton yang turut mendapat bekalan semangat selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) dan kekalahan tipis kepada Manchester City.

”Bolton mencatat keputusan yang bagus dalam perlawanan pertama di QPR dan begitu juga mempamerkan permainan baik menentang Manchester City. Saya jangkakan perlawanan esok (hari ini) sukar,” katanya.

Bolton juga dijangka menyenaraikan buat pertama kali pemain Turki, Tuncay Sanli selepas enam bulan beraksi bersama kelab Jerman, Wolfsburg.

LIVERPOOL, Kenny Dalglish, percaya, wajah, baru, Liverpool, mula, Reds, berusaha, rentak, kalah, musim, menentang, Bolton, Dalglish, perubahan, besar, Anfield, mengambil, alih, Januari, mula, kebangkitan, Reds, membelanjakan, juta, membawa, masuk, baru, kelab, Revolusi, Dalglish, Andy, Carroll, Luis Suarez, Charlie Adam, Jordan Henderson, Stewart, Downing, melonjak, kedudukan, Reds, menghuni, empat, teratas, liga, Queens Park Rangers, kekalahan, tipis, Manchester City