Manohara kini bintang sinetron

Manohara kini bintang sinetron

3498395144_fa6dd6a085

Manohara kini bintang sinetron

JAKARTA – Setelah krisis rumah tangganya dengan Tengku Temenggong Kelantan menjadi topik utama akhbar, model Manohara Odelia Pinot (gambar) kembali menceburi industri hiburan.

Manohara berkata, dia memberikan yang terbaik untuk drama atau sinetron pertamanya berjudul Manohara walaupun mengakui penguasaan bahasa Indonesianya masih lemah.

Drama itu mula ditayangkan di stesen televisyen tempatan, Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI) semalam.

“Saya giat berlatih menguasai bahasa Indonesia dengan membaca pelbagai jenis buku dan akhbar. Saya juga tidak segan untuk bertanya apabila berdepan masalah bahasa,” kata remaja berusia 17 tahun itu baru-baru ini.

Ketika menjawab pertanyaan media sama ada drama sensasi itu menyentuh kisah perkahwinannya dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, Manohara menyatakan ia semata-mata fiksyen dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Namun, tegas Manohara, pengalaman sebagai mangsa penderaan banyak membantunya menjiwai watak utama dalam drama ini

Gadis kacukan Indonesia-Amerika Syarikat itu melarikan diri ke Indonesia pada Mei lepas. dia mendakwa didera suaminya tetapi semua tuduhan itu dinafikan keluarga diraja Kelantan.

Dalam perkembangan sama, keluarga kesultanan Solo, Sunan Pakubuwono XIII Hangabehi menganugerahi Manohara dengan gelaran Kanjeng Mas Ayu.

Jurucakap istana, Puteri Gusti Raden Ayu Koes Murtiyah berkata, anugerah itu adalah sempena sambutan keempat pertabalan Pakubuwono XIII Hangabehi baru-baru ini.

“Dia diberikan anugerah itu kerana Manohara masih menjadi isteri keluarga diraja yang sah,” katanya.

Manohara,Manohara berita, Manohara kini, Manohara dunia, Manohara asia,Manohara malaysia, Manohara melayu, Manohara indon, Manohara indonesia, Manohara kl, Manohara foto, Manohara gambar, Manohara bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1