Mancini tak puas hati

Mancini tak puas hati

MANCHESTER – Roberto Mancini masih belum berpuas hati dengan corak permainan pasukan itu meskipun menang 3-0 ke atas Wigan Athletic pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Pengurus Manchester City itu tetap kecewa meskipun Sergio Aguero meledakkan hatrik pada minit ke-13,63 dan 69 untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata penuh.

“Kami tidak akan memenangi apa-apa sekiranya kami bermain seperti ini.”

Mancini meluahkan rasa kecewa itu apabila melihat City mempersia-siakan sekurang-kurangnya 14 peluang terbaik untuk menjaringkan gol termasuk menerusi sepakan penalti Carlos Tevez pada minit ke-19.

Mancini berkata, City perlu memperbaiki corak permainan mereka meskipun telah memulakan saingan musim ini dengan baik.

“Jika kita mahu kekal menduduki kelompok teratas liga sehingga akhir musim ini, banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Kami mempunyai 15 peluang pada separuh pertama dan kami hanya menjaringkan satu gol. Bagi saya, ia satu masalah kerana permainan boleh berubah bila-bila masa. Lebih baik jika permainan ditamatkan pada separuh masa pertama.”

Bagaimanapun, Mancini tetap memuji Tevez meskipun pemain Argentina itu tidak cergas sepenuhnya semasa diturunkan pada perlawanan tersebut.

“Dia (Tevez) bermain dengan baik bersama Aguero meskipun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Ia perkara biasa dalam bola sepak tetapi selalunya dia menjaringkan gol,” kata Mancini yang yakin Tevez akan kembali cergas selepas dua atau tiga perlawanan kelak.

Dalam pada itu, Mancini berkata kemenangan itu bukan berpunca daripada kecemerlangan Aguero atau pemain tengah, David Silva tetapi turut dibantu beberapa pemain lain.

Mancini, puas, hati, Roberto, Mancini, berpuas hati, permainan, pasukan, menang, Wigan Athletic,  aksi, Liga, Perdana, England, Pengurus, Manchester City, kecewa, Sergio Aguero, meledakkan, hatrik, minit, mengutip, tiga, mata, penuh, City, terbaik, menjaringkan, gol, sepakan, penalti, Carlos Tevez, minit, Aguero, pemain, tengah, David Silva, pemain, penalti, Carlos Tevez, berita sukan, sukan antarabangsa