Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

JOHOR BAHRU 12 Ogos – Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc.

Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.

Berita Asia, berita dunia, berita penting, berita terbaru, berita terkini, biodata Hamilton, biografi Hamilton, foto Hamilton, gambar Hamilton, Hamilton, Hamilton baru, Hamilton kini, Hamilton skandal, Hamilton terbaru, Hamilton terkini, sejarah Hamilton, video Hamilton, web Hamilton Bekas, penyanyi, kumpulan, Exist, Mohd Ali Kamarudin, Mamat, Exist, penjara, sebulan, Mahkamah, Majistret, mengaku, bersalah, memasukkan, dadah, badannya, November, Majistret, Maslinda, Mamat, pengawasan, polis, dua, tahun, Balai, Polis, Tampoi, sebulan