Madeleine Therese Amelie Josephine Puteri Sweden menang kes saman fitnah

Madeleine Therese Amelie Josephine Puteri Sweden menang kes saman fitnah

madeleine 1

Madeleine Therese Amelie Josephine Puteri Sweden menang kes saman fitnah

BERLIN – Mahkamah Hamburg memerintahkan sebuah penerbitan Jerman membayar pampasan sebanyak 400,000 euro (kira-kira RM2 juta) kepada Puteri Madeleine dari Sweden kerana menyiarkan berita palsu mengenainya.

Penerbit Sonnenverlag GmbH & Co KG diarahkan membayar ganti rugi tersebut oleh Mahkamah Hamburg yang membuat keputusan menolak rayuan terhadap keputusan sebuah mahkamah lebih rendah pada 2007, iaitu pampasan sebanyak 300,000 euro (RM1.5 juta) oleh penerbitan itu.

”Majalah penerbitan itu didakwa menyiarkan laporan palsu yang antara lain menyatakan puteri berusia 27 tahun itu telah bertunang dan sedang hamil,” kata peguamnya, Matthias Prinz kepada AP.

Madeleine berpacaran dengan Jonas Bergstrom sejak 2002 tetapi pasangan itu tidak bertunang atau berkahwin atau mempunyai anak. Puteri Sweden, Madeleine Therese Amelie Josephine yang merupakan Duchess of Halsingland dan Gastrikland, adalah anak bongsu Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia.

Dia mempunyai seorang kakak, Puteri mahkota Victoria dan seorang abang, Putera Carl Philip.

”Sonnenverlag mempunyai sejumlah majalah di Jerman dan laporan tersebut disiarkan dalam dua penerbitan wanita mingguan, Frau mit Herz (Hati Wanita) dan Welt der Frau (Dunia Wanita),” kata Prinz.

“Terdapat beberapa artikel yang tidak benar dalam majalah itu,” tambahnya.

Mahkamah Hamburg mengesahkan keputusan itu dibuat pada Khamis lepas tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Mahkamah Diraja Sweden dalam satu kenyataan berkata artikel tersebut ‘tidak benar dan menjatuhkan maruah’.

“Puteri Madeleine berhasrat mendermakan wang yang bakal diperolehinya kepada badan kebajikan,” menurut kenyataan tersebut.

Syarikat induk Sonnenverlag, kumpulan media Baden-Baden KLAMBT turut mengesahkan perintah mahkamah itu.

“Jumlah perintah ganti rugi dan bayaran berkaitan menepati jangkaan kumpulan media KLAMBT.

“Pengiraan peruntukan yang bersesuaian telah dilakukan pada 2004,” menurut satu kenyataan.

Jurucakap syarikat, Jonas Schmieder bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut dan enggan menyatakan sama ada syarikat akan mengemukakan satu lagi rayuan.

Madeleine Therese Amelie Josephine, Madeleine Therese Amelie Josephine berita, Madeleine Therese Amelie Josephine kini, Madeleine Therese Amelie Josephine dunia, Madeleine Therese Amelie Josephine asia, Madeleine Therese Amelie Josephine malaysia, Madeleine Therese Amelie Josephine melayu, Madeleine Therese Amelie Josephine indon, Madeleine Therese Amelie Josephine indonesia, Madeleine Therese Amelie Josephine kl, Madeleine Therese Amelie Josephine foto, Madeleine Therese Amelie Josephine gambar, Madeleine Therese Amelie Josephine bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1