Lorenzo terlepas MotoGP Malaysia

Lorenzo terlepas MotoGP Malaysia

PHILLIP ISLAND, Australia – Juara dunia yang baru digulingkan, Jorge Lorenzo selamat menjalani pembedahan tangan kiri tetapi bakal terlepas perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia minggu ini, kata pasukan Yamaha dalam satu kenyataan semalam.

Lorenzo terlibat dalam kemalangan ketika memanaskan badan pada perlumbaan di Australia kelmarin dan mengalami kecederaan teruk pada jari serta tangan kiri.

Penarikan diri pelumba itu membuka pintu kepada penunggang Honda, Casey Stoner dari Australia merangkul kejuaraan dunia 2011 ketika baki dua perlumbaan.

Menurut Yamaha, Lorenzo menjalani pembedahan di Melbourne, petang kelmarin.

“Pakar bedah berjaya menyelamatkan saraf dan tendon jari keempatnya yang cedera. Hasilnya, semua jari akan berfungsi seperti biasa, begitu juga dengan tangan yang cedera.

“Malangnya, proses pemulihan mengambil sedikit masa dan ia menuntut Jorge untuk tidak berlumba di Sepang pada Grand Prix Malaysia.

“Keputusan sama ada dapat berlumba pada Grand Prix Valencia (perlumbaan terakhir) pula bergantung kepada keadaan Jorge selepas dia kembali ke Barcelona,” kata Yamaha.

Lorenzo, juara dunia 2010 merupakan pencabar terdekat Stoner untuk merangkul gelaran dunia musim ini, namun selepas dia tidak dapat beraksi di Phillip Island kelmarin, Stoner hanya perlu menamatkan saingan pada kedudukan enam terbaik untuk ditabalkan juara.

Lorenzo, MotoGP, Malaysia, PHILLIP ISLAND, Australia, Juara, dunia, Jorge Lorenzo, menjalani, pembedahan, tangan, kiri, bakal, terlepas, perlumbaan, MotoGP, Grand Prix, minggu, pasukan, Yamaha, satu, kenyataan, kemalangan, memanaskan, badan, perlumbaan, Australia, kelmarin, mengalami, kecederaan, teruk, tangan, kiri, Penarikan, diri, pelumba, membuka, pintu, penunggang, Honda, Casey Stoner, Australia, merangkul, kejuaraan, dunia, ketik, baki, dua, perlumbaan, Grand, Prix, Valencia, bergantung, keadaan, Jorge, selepas, kembali, Barcelona