Lohan mungkin dipenjara

Lohan mungkin dipenjara

LOS ANGELES 20 Okt. – Hakim Los Angeles semalam membatalkan tempoh pemantauan yang diberikan terhadap Lindsay Lohan, 25, selepas aktres kontroversi itu gagal melaksanakan kerja komuniti seperti yang diarahkan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Stephanie Sautner yang berang memberi amaran kepada Lohan supaya memandang serius ke atas hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Peguam kepada pelakon itu, Shawn Holley cuba menyelamatkan anak guamnya dengan menegaskan bahawa Lohan telah melaksanakan hukuman lain yang dijatuhkan oleh Sautner, termasuk menjalani kaunseling psikologi serta menghadiri program pencuri barang kedai dan layak menerima tempoh pemantauan.

Namun Hakim Sautner berkata, Lohan telah diarahkan bekerja di pusat tahanan wanita Los Angeles tetapi sebaliknya bertukar bekerja dengan Palang Merah tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut Sautner, dalam tempoh enam bulan lalu, Lohan hanya melaksanakan sebahagian kecil kerja komuniti yang diarahkan.

“Tiada siapa yang boleh mengubah keputusan saya dan dengan ini saya membatalkan tempoh pemantauan terhadapnya,’ kata Hakim Sautner.

Dia dibawa keluar dari bilik mahkamah dengan tangan bergari dan kemudiannya diikat jamin AS$100,000 (RM310,299) dan dibenarkan pulang.

Hakim Sautner memerintahkan Lohan untuk mengemukakan hujah penafian bahawa dia melanggar atau tidak perintah percubaan pada 2 November ini. Jika sabit kesalahan, Lohan akan dipenjarakan.

Lohan, mungkin, dipenjara, LOS ANGELES, Hakim, Los, Angeles, membatalkan, tempoh, pemantauan, berikan, Lindsay Lohan, aktres, kontroversi, melaksanakan, kerja, komuniti, Hakim, Mahkamah, Tinggi, Stephanie Sautner, berang, amaran, Lohan, memandang, serius, hukuman, jatuh, komuniti, berita dunia, berita artis, berita terkini, berita baru, berita bf1, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita maju, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita2, beritabaru, beritabf1, beritabulan, beritadunia, beritafoto, beritagambar