Liverpool akan kembali hebat – Benitez

Liverpool akan kembali hebat – Benitez

Liverpool akan kembali hebat – Benitez

LIVERPOOL, England – Pengurus Liverpool, Rafael Benitez yakin pasukannya akan menjadi lebih kuat selepas ini berikutan kejayaan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam liga, kelmarin.

Kemenangan kelmarin membantu Liverpool menghampiri mata terkumpul Tottenham yang berada di tangga keempat dengan satu mata.

Liverpool yang sedang melalui prestasi merudum sejak awal musim ini menurunkan barisan tanpa kebanyakan pemain utama antaranya Fernando Torres, Steven Gerrard, Yossi Benayoun dan Glen Johnson yang direhatkan kerana masalah kecederaan.

Bagaimanapun, Benitez percaya berdasarkan kempen sebelum ini menunjukkan The Reds masih mampu bangkit pada penghujung musim nanti.

Dengan keyakinan tinggi dapat menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas, Benitez percaya pasukannya dalam landasan yang tepat memburu kedudukan itu sekali gus untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara.

”Dalam tempoh lima tahun lalu, kita berjaya memperbaiki persembahan dalam peringkat kedua saingan liga. Semua orang tahu Liverpool merupakan pasukan yang bagus dan sekarang adalah masanya untuk mencari kemenangan dan mempamerkan kualiti sebenar.

”Skuad ini tidaklah seteruk yang disangkakan. Kami memulakan saingan (liga) tanpa enam pemain utama yang berkualiti di samping pemain-pemain lain yang mempunyai karakter.

”Semua orang memainkan peranan penting sekarang kerana kita perlu mengurangkan jurang dengan pasukan lain dalam perebutan ini.

”Saya sangat bangga dengan mereka (pemain) dan sikap serta semangat yang ditunjukkan dan hasilnya kami berjaya menunjukkan tahap sebenar permainan,” kata Benitez.

Sementara itu, Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata, pasukannya masih kuat dalam buruan mencari kedudukan empat teratas walaupun gawangnya bolos dua kali kepada pemain Liverpool, Dirk Kuyt.

”Saingan masih terbuka buat Manchester City, Aston Villa dan Tottenham. Kami dalam laluan yang baik dan satu kekalahan tidak akan menjejaskan keseluruhan rancangan

”Peluang kita sebenarnya ada, kelmarin. Apabila anda melihat pasukan lawan tanpa Gerrard, Torres, Johnson dan Benayoun anda akan memikirkan peluang yang mudah,” kata Redknapp.

Benitez berita,Benitez istri, Benitez poster, Benitez terkini, Benitez foto, Benitez foto, Benitez foto, Benitez video, Benitez ayunan, Benitez turnamen, Benitez master, Benitez dukungan, Benitez hangat, Benitez privasi, Benitez yayasan, Benitez informasi, Benitez info,  Benitez harian, Benitez poster, Benitez jadwal, Benitez latar belakang, Benitez video, Benitez film, Benitez tanda tangan, Benitez wallpaper, Benitez biografi, Benitez blog,Benitez profil,Benitez foto, Benitez berat, Benitez wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, dunia, sukan, sains,teknologi, ekonomi