Leeds harapkan kejutan Piala FA lagi

Leeds harapkan kejutan Piala FA lagi

Leeds harapkan kejutan Piala FA lagi

LONDON – Kejayaan bermakna Leeds United di Manchester United membakar semangat para penyokong yang mengharapkan kejayaan terus berulang apabila menentang Tottenham Hotspur dalam pusingan keempat Piala FA, esok.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp yang menyaksikan anak-anak buahnya tewas 0-2 kepada Liverpool, kelmarin tidak mahu memandang mudah saingan Piala FA, sebaliknya mengidam untuk beraksi di Wembley, Mei ini.

”Bermain pada perlawanan akhir adalah hari yang sangat bermakna buat saya. Semua orang teruja mahu menyaksikan perlawanan akhir. Bagi saya semuanya amat penting kerana saya tahu apa maknanya (final),” kata Redknapp yang pernah menjulang Piala FA bersama Portsmouth pada 2008.

Jaringan Jermaine Beckford memusnahkan impian juara 11 kali, Manchester United dan juara tujuh kali, Liverpool dimalukan Reading, bermakna dua kelab gergasi England sudahpun tumbang.

Chelsea dan Arsenal juga tidak terlepas dengan kejutan seperti itu memandangkan kedua-duanya akan beraksi di gelanggang lawan.

Pendahulu Liga Perdana England, Arsenal yang menang 4-2 ke atas Bolton, kelmarin akan berkunjung ke Stoke City, Ahad ini manakala Chelsea bertandang ke juara divisyen dua, Preston North, esok.

”Peluang anda lebih terbuka apabila dua gergasi telah tersingkir. Namun, kita ditakdirkan untuk bertemu Leeds yang saya menjangkakan perlawanan sengit bakal menanti kami.

”Saya dapat bayangkan bagaimana susahnya nanti. Mereka telah mengecewakan Manchester United dengan permainan yang bagus,” kata Redknapp

Leeds berita,Leeds istri, Leeds poster, Leeds terkini, Leeds foto, Leeds foto, Leeds foto, Leeds video, Leeds ayunan, Leeds turnamen, Leeds master, Leeds dukungan, Leeds hangat, Leeds privasi, Leeds yayasan, Leeds informasi, Leeds info,  Leeds harian, Leeds poster, Leeds jadwal, Leeds latar belakang, Leeds video, Leeds film, Leeds tanda tangan, Leeds wallpaper, Leeds biografi, Leeds blog,Leeds profil,Leeds foto, Leeds berat, Leeds wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, dunia, sukan, sains,teknologi, ekonomi