Ledakan Hernandez julang United

Ledakan Hernandez julang United

Ledakan Hernandez julang United

VALENCIA – Penyerang gantian, Javier Hernandez muncul wira Manchester United.

Jaringan tunggalnya membolehkan United mencipta kemenangan 1-0 ke atas Valencia 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Mestalla itu, Hernandez yang masuk menggantikan Anderson pada minit ke-77, berjaya merobek gawang Valencia ketika perlawanan berbaki empat minit.

“Saya merasakan kemenangan 1-0 yang diperoleh hari ini (awal pagi semalam) merupakan keputusan yang baik buat kami kerana bukan tugas mudah apabila turun menentang kelab seperti Valencia.

“Sebelum ini, kami mempunyai rekod yang amat buruk setiap kali beraksi di Sepanyol dan ternyata kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna buat kami semua,” jelas pengurus United, Alex Ferguson.

Ferguson sempat memuji aksi yang dipamerkan Hernandez atau lebih dikenali sebagai ‘Chicharito’ biarpun pemain itu hanya dibawa masuk ketika lewat babak kedua perlawanan.

“Saya membawa masuk Hernandez kerana saya merasakan gerakan-gerakan dari- padanya pasti akan mengucar- ngacirkan benteng pertahanan Valencia dan ternyata percaturan tersebut tepat sama sekali.

“Dia memiliki sentuhan penyudah yang semulajadi walaupun usianya masih muda. Selepas ini dia perlu lebih bekerja keras bagi meningkatkan lagi kekuatan yang telah sedia ada pada dirinya,” kata Ferguson.

Bagi Hernandez pula, dia berkata: “Ia merupakan hari paling bermakna buat diri saya kerana dapat menja- ringkan gol buat United tetapi apa yang lebih penting kami berjaya mencatatkan kemenangan,” katanya.

Dengan kemenangan tersebut, The Red Devils kini berkongsi empat mata bersama pendahulu Kumpulan C, Rangers yang mencatatkan keme- nangan tipis ke atas Bursaspor dalam satu lagi perlawanan awal pagi semalam.

Javier Hernandez, Javier Hernandez kini, Javier Hernandez terkini, Javier Hernandez terbaru, Javier Hernandez baru, Javier Hernandez skandal, gambar Javier Hernandez, foto Javier Hernandez, video Javier Hernandez, biografi Javier Hernandez, sejarah Javier Hernandez, web Javier Hernandez, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia