Lebanon bersedia serangan baru Israel

Lebanon bersedia serangan baru Israel

Lebanon bersedia serangan baru Israel

AITA SHAAB 4 Feb. – Lebih tiga tahun selepas berakhirnya peperangan antara Israel dengan Hezbollah, penduduk selatan Lebanon kini bersedia berhadapan dengan konflik baru ekoran amaran demi amaran Israel terhadap Hezbollah dan penyokongnya Syria.

“Jika kamu kembali, kami akan menunggu kamu,” amaran kumpulan pejuang itu kepada Israel pada papan iklan berhampiran selatan perkampungan Aita Shaab.

Sempadan Aita Shaab adalah kawasan pejuang Hezbollah menculik dua tentera Israel dalam serangan berdarah rentas sempadan pada Julai 2006, mengakibatkan Israel melancarkan serangan balas selama sebulan tentera Yahudi yang memusnahkan kawasan kubu kuat kumpulan terbabit di selatan Lebanon dan pinggir bandar selatan Beirut.

Peperangan tersebut mengorbankan lebih 1,200 rakyat Lebanon, kebanyakannya orang awam dan 160 rakyat Israel yang kebanyakannya tentera.

“Sudah tentu kami takut. Setiap hari kami mendengar berita tentang kemungkinan berlakunya peperangan baru,” kata Hayat, seorang penduduk di selatan perkampungan Qana yang telah menjadi sasaran serangan bedilan berdarah dalam peperangan 2006.

Menurutnya, dia khuatir peperangan baru akan menyaksikan sehingga ibu negara Beirut akan turut dibom. “Di mana kami boleh bersembunyi?” Soal Hayat.

Jirannya, Diba turut bersetuju sebarang konflik baru berisiko akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding peperangan 2006.

“Jika peperangan tercetus, Syria dan Iran akan turut menyertainya. Kali ini ia tidak akan terbatas kepada Hezbollah sahaja,” kata Diba.

Pegawai-pegawai Israel berulangkali memberi amaran dalam beberapa minggu ini bahawa sebarang serangan oleh Hezbollah akan menerima tindak balas yang keras.

Sementara itu, Perdana Menteri Yahudi, Benjamin Netanyahu pada Selasa lalu menuduh Lebanon membenarkan Hezbollah untuk menambah simpanan stok senjatanya yang dianggarkan berjumlah 40,000 roket, satu peningkatan tinggi berbanding 14,000 roket pada 2006.

Lebanon bersedia berita,Lebanon bersedia berita terkini,Lebanon bersedia berita berita, Lebanon bersedia berita minggu,Lebanon bersedia berita terbaru,Lebanon bersedia berita ekonomi,Lebanon bersedia indonesia berita,Lebanon bersedia berita dunia,Lebanon bersedia berita harian,Lebanon bersedia berita selebritis,Lebanon bersedia berita nasional,Lebanon bersedia berita artis,Lebanon bersedia berita bola,berita malaysia,berita tv,berita business,berita cuaca,berita foto,berita internasional,berita hot,berita hangat,berita selebriti,berita politik,berita liga inggris,berita bernama,berita aneh,berita transfer pemain,berita kematian,berita harian hari,dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam,dunia, sukan, teknologi, ekonomi