Larian Blake makin pantas

Larian Blake makin pantas

ZURICH – Jaguh pecut Jamaica, Yohan Blake yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dunia acara 100 meter, sekali lagi meraih kemenangan apabila mencatatkan masa peribadi terbaik 9.82 saat pada Kejohanan Olahraga Liga Berlian Zurich kelmarin.

Blake, 21, memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan baru-baru ini dengan catatan masa 9.92 saat berikutan pemegang rekod dunia, Usain Bolt gagal mempertahankan gelaran apabila penyertaannya dibatalkan kerana memulakan larian lebih awal.

Pada saingan di Zurich kelmarin, dia menewaskan rakan senegaranya, Asafa Powell yang ketinggalan 0.13 saat dan atlet Amerika, Walter Dix (10.04).

Bolt tidak menyertai kejohanan di Zurich itu.

“Saya tidak terkejut dengan kemenangan ini. Saya sudah menjangkakannya selepas melalui detik paling istimewa di Daegu,” kata Blake.

“Usain Bolt menyatakan bahawa saya akan menang pada kejohanan ini dan saya berjaya melakukannya dengan lebih baik iaitu 10 saat lebih pantas.

“Ia memberikan impak yang lebih bagus untuk saya ke kejohanan lain selepas ini. Saya tidak sabar untuk ke Sukan Olimpik tahun hadapan.”

Sementara itu, atlet remaja dari Grena- da, Kirani James juga berjaya mencatat- kan masa peribadi terbaik iaitu 44.36 saat dalam acara 400 meter lelaki.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi reputasinya selepas memegang gelaran juara dunia baru-baru ini.

“Larian saya sungguh sempurna. Ia lebih baik berbanding larian saya pada kejo- hanan dunia di Daegu sebab itu saya ber- jaya mencatatkan masa peribadi yang terbaik. Ini merupakan musim yang hebat,” kata James.

Bintang Cuba, Dayron Robles pula menjuarai acara 110 meter lari berpagar dengan 13.01 saat, menewaskan juara dunia, Jason Richardson.

“Saya rasa sangat gembira, ia merupakan satu kepuasan selepas apa yang berlaku di Daegu,” kata Robles.

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, juara dunia dari Australia, Sally Pear- son sekali lagi memenangi acara 100 meter lari berpagar dengan catatan masa 12.52 saat mendahului atlet AS, Dawn Harper (12.81) dan atlet Kanada, Phylicia George (12.84).

Juara dunia 100 meter, Carmelita Jeter pula menguasai acara 200 meter dengan catatan masa 22.47 saat.

Larian, Blake, makin, pantas, Jaguh, pecut, Jamaica, Yohan Blake, juara, dunia, acara, meter,  meraih, kemenangan, masa, peribadi, terbaik, Kejohanan, Olahraga, Liga, Berlian, Zurich, kelmarin, Zurich, Asafa Powell, ketinggalan, atlet, Amerika, Walter Dixberita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan