Lampard ‘tutup mulut’ pengkritik

Lampard ‘tutup mulut’ pengkritik

VALENCIA, Sepanyol – Frank Lampard membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila meledak satu gol ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.

Penampilan Lampard di Stadium Mestalla itu memang mencuri tumpuan selepas dia hanya diturunkan dalam satu daripada empat perlawanan terakhir skuad The Blues sebe- lum ini.

Sebelum aksi tersebut, sege- lintir pihak menganggap masa depan Lampard bersama Chelsea semakin gelap kerana dia sering kali diletakkan di bangku simpanan sebaik pulih daripada masalah kecederaan.

Namun, tanggapan tersebut ternyata jauh meleset apabila perancang berusia 33 tahun itu membuktikan bahawa khidmatnya masih lagi diperlukan selepas menjaringkan gol pada minit ke-56.

Lampard yang pada awalnya dilihat bakal dijulang seba- gai wira hasil jaringan dilaku- kannya itu terpaksa akur dengan gol penyamaan yang dija- ringkan Valencia menerusi Roberto Soldado pada minit ke- 87.

Valencia berjaya menyamakan kedudukan selepas Saldado berjaya menyempurnakan sepakan penalti apabila bola terkena tangan perancang Chelsea, Salomon Kalou.

“Ia merupakan satu persembahan yang menakjubkan. Sebaik babak kedua bersambung kami (Chelsea) beraksi lebih baik dan berpeluang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

“Namun, kami gagal dan ternyata tuah tidak menyebelahi kami.

“Lampard telah beraksi dengan baik sekali dan tidak ada apa yang ingin diperkatakan lagi. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik dalam skuad kami dan saya sangat gembira melihat prestasinya itu.

“Adalah suatu yang baik apabila Lampard dapat menjaringkan gol. Kami menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap dia dan dia telah membalas kepercayaan itu dengan jaya,” kata pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.

Lampard, ‘tutup mulut,’ pengkritik, VALENCIA, Sepanyol, Frank Lampard, membuktikan, sentuhan, penyudahnya, berbisa, meledak, satu, gol, Chelsea, seri, Kumpulan E, kempen, Liga, Juara, Penampilan, Lampard, Stadium, Mestalla, mencuri, tumpuan, selepas, hanya, turunkan, satu, daripada, empat, perlawanan, terakhir, skuad, The Blues sebelum, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita luar negara, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita skander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, atlet, sukan, bolasepak