Kumpulan kereta import pertama tiba di Gaza

Kumpulan kereta import pertama tiba di Gaza

Kumpulan kereta import pertama tiba di Gaza

KEREM ABU SALEM, Genting Gaza – Sejumlah 20 buah kereta dihantar ke Genting Gaza semalam untuk kali pertama dalam tempoh lebih tiga tahun setelah mendapat kebenaran Israel, kata seorang wartawan agensi berita AFP.

Sejak pergerakan Hamas mengusir pasukan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiga tahun lalu, Israel tidak membenarkan sebarang kemasukan kenderaan penumpang walaupun sejumlah kereta diseludup masuk melalui terowong-terowong bawah tanah di sempadan dengan Mesir.

Kereta-kereta baru itu akan diagihkan di antara tiga pengimport yang akan menjualnya kepada kumpulan wakil penjual tempatan.

Bagaimanapun, salah seorang pengimport, Medhat Abu Jabal berkata, bilangan 20 buah kereta itu jauh daripada mencukupi berbanding permintaan.

“Saya mempunyai senarai menunggu seramai 40 orang dan saya tidak dapat memenuhi permintaan kerana saya tidak pasti berapa banyak kenderaan yang akan dibenarkan untuk dibawa masuk,” kata Medhat.

“Pihak Israel membenarkan masuk 30 atau 40 kereta seminggu tetapi ia tidak mencukupi kerana kami tidak boleh mengimport kereta sejak beberapa tahun lalu,” tambahnya.

Ketua sebuah persatuan penjual kereta Gaza, Ismail al-Nakhala berkata, sejumlah 20 buah kereta lagi akan diterima esok dengan jumlah keseluruhan 60 kenderaan diimport dalam tempoh dua minggu pertama.

Keputusan untuk membenarkan penghantaran sejumlah kereta ke wilayah berkenaan dibuat pada Jun lepas ekoran serangan pasukan komando Israel ke atas misi bantuan ke Gaza yang membangkitkan kemarahan antarabangsa.

Gaza, Gaza kini, Gaza terkini, Gaza terbaru, Gaza baru, Gaza skandal, gambar Gaza, foto Gaza, video Gaza, biografi Gaza, sejarah Gaza, web Gaza, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia