Kuil dewi kucing ditemui

Kuil dewi kucing ditemui

Kuil dewi kucing ditemui

KAHERAH – Pihak berkuasa Mesir semalam mengumumkan beberapa penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah kuil Ptolemaic berusia lebih 2,000 tahun yang digunakan untuk menyembah dewi kucing yang dikenali sebagai Bastet.

Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir menyatakan runtuhan kuil milik Ratu Berenice, isteri Raja Ptolemy III yang memerintah Mesir pada abad ketiga Sebelum Masihi (SM) dijumpai di kawasan Kom el-Dekkah di Iskandariah, 180 kilometer dari sini.

Ketua pasukan arkeologi yang menemui kuil itu, Mohammed Abdel-Maqsood berkata, runtuhan tersebut dipercayai sebagai kuil pertama Ptolemaic yang menunjukkan penyembahan dewi kucing masih berterusan selepas berakhir zaman Mesir kuno.

“Runtuhan yang tinggal cuma ialah 60 meter tinggi dan 15 meter lebar,” kata Ketua Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass dalam satu kenyataan.

Dia menyatakan kuil itu mengalami kemusnahan selepas kawasan tempat ia didirikan menjadi sebuah kuari.

Sejumlah 600 buah patung Ptolemaic ditemui semasa kerja-kerja mencari dilakukan itu termasuk koleksi berhala yang menggambarkan Bastet sebagai dewi perlindungan dan keibuan

Kuil dewi kucing berita terkini,Kuil dewi kucing berita,Kuil dewi kucing berita hari ini,Kuil dewi kucing berita minggu,Kuil dewi kucing berita terbaru,Kuil dewi kucing berita ekonomi,Kuil dewi kucing berita dunia,Kuil dewi kucing berita harian,Kuil dewi kucing berita acara,Kuil dewi kucing informasi,Kuil dewi kucing berita online,Kuil dewi kucing indon,Kuil dewi kucing berita berita,Kuil dewi kucing penting,Kuil dewi kucing turnamen ,Kuil dewi kucing berita internasional, Kuil dewi kucing sukan,Kuil dewi kucing kesihatan, Kuil dewi kucing sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi