Kirilenko menyamai rekod Grand Slam

Kirilenko menyamai rekod Grand Slam

Kirilenko menyamai rekod Grand Slam

MELBOURNE – Pemain Rusia, Maria Kirilenko menyamai pencapaian terbaiknya dalam kejohanan Grand Slam apabila menewaskan pemain Itali, Roberta Vinci 7-5, 7-6 (7/4) untuk menempat tiket ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Australia semalam.

Kirilenko yang menyingkirkan bekas juara Maria Shara- pova dari kejohanan ini pada pusi- ngan pertama, mengambil masa lebih dua jam untuk menewaskan pemain Itali itu.

Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-58 dunia itu mencipta kejutan apabila melangkah ke pusingan keempat di Melbourne pada tahun 2008.

Bagaimanapun selepas itu, dia tidak pernah berjaya melepasi pusi- ngan ketiga dalam kejohanan Grand Slam.

Kirilenko berkata, dia mula bermain dengan baik pada 2009 dan melalui musim yang menarik, sekali gus menjadi platform kepada kejayaannya minggu ini.

“Saya melakukan persiapan yang baik pada akhir tahun dan juga mula bermain dengan baik pada akhir tahun lalu,” katanya.

“Saya bermain dengan baik pada Piala Kremlin dan juga pada Terbuka Amerika Syarikat.

“Selain itu, secara fizikalnya saya lebih kuat dan apabila kamu menang, kamu akan mendapat lebih keyakinan.”

Pada aksi pusingan keempat, dia bakal bertemu rakan senegara, Dinara Safina selepas pemain pilihan kedua itu menewaskan pemain England, Elena Baltacha 6-1, 6-2.

“Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit. Dia bermain dengan baik sejak beberapa tahun lalu,” kata Kirilenko.

“Dia pernah menjadi pemain No. 1 dunia dan kini, dia adalah pemain No. 2 dunia.

Kirilenko berkata, dia tidak bimbang dengan kekuatan Safina kerana Sharapova juga seorang pemain yang hebat.

“Saya telah bersedia ketika menentang Maria dan saya fikir saya juga sudah bersedia untuk bertemu Dinara.”

Kirilenko, Kirilenko kini, Kirilenko terkini, Kirilenko terbaru, Kirilenko baru, Kirilenko Kirilenko, gambar Kirilenko, foto Kirilenko, video Kirilenko, biodata Kirilenko, biografi Kirilenko, sejarah Kirilenko, web Kirilenko, Kirilenko terkini, Kirilenko terbaru, Kirilenko penting, Kirilenko dunia, Kirilenko Kirilenko, Kirilenko malaysia, Kirilenko melayu, Kirilenko indon, Kirilenko indonesia, Kirilenko kl, Kirilenko tv, Kirilenko Kirilenko, Kirilenko gay, Kirilenko artis, Kirilenko hiburan, Kirilenko sukan, Kirilenko ekonomi, Kirilenko sains, Kirilenko teknologi, Kirilenko kesihatan, Kirilenko sejarah, Kirilenko politik, Kirilenko bf1, dunia, Kirilenko, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi