Kirilenko memukau

Kirilenko memukau

Kirilenko memukau

MELBOURNE – Pemain Rusia, Maria Kirilenko (gambar) terus mencuri tumpuan pada Kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Selepas membenam rakan senegaranya, Maria Sharapova pada pusingan pertama Isnin lalu, Kirilenko terus berjaya menambat hati peminat di Melbourne Park.

Pada pusingan kedua semalam, Kirilenko tidak berdepan masalah besar untuk mencipta kemenangan 6-3, 6-1 ke atas pemain Australia, Yvonne Meusburger.

Kirilenko berkata, pertemuan menentang Meusburger lebih sukar berbanding ketika dia bertemu Sharapova.

Bagaimanapun, selepas pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya tahun lalu, Kirilenko yakin dia kini mampu menampilkan rentak lebih bertenaga.

“Permainan saya lebih baik sekarang,” katanya.

“Saya fikir secara fizikalnya saya sudah bersedia untuk bermain tiga set.

“Saya cuma perlu melakukan yang terbaik dan menghadapinya satu persatu,” tambah Kirilenko yang kini menduduki ranking ke-58 dunia.

Meskipun pungutan mata menunjukkan Kirilenko mampu mencipta kemenangan mudah, namun dia terpaksa mengambil masa satu jam 40 minit sebelum berjaya menewaskan lawannya itu.

“Saya tidak boleh kata perlawanan itu sangat mudah. Saya mudah mengutip mata tetapi ia adalah satu perlawanan yang panjang dan hampir berlangsung selama dua jam.

“Ia adalah satu perlawanan yang sukar dan saya perlu bekerja keras untuk mengutip setiap mata,” tambah Kirilenko.

Kirilenko, 22, bakal berdepan pemain Itali, Roberta Vinci atau pemain Amerika Syarikat, Vania King pada pusingan ketiga esok.

Maria Kirilenko berita, Maria Kirilenko, Maria Kirilenko istri, Maria Kirilenko poster, Maria Kirilenko terkini, Maria Kirilenko foto, Maria Kirilenko foto, buku Maria Kirilenko, Maria Kirilenko foto, Maria Kirilenko video, Maria Kirilenko ayunan, Maria Kirilenko turnamen, Maria Kirilenko master, Maria Kirilenko dukungan, Maria Kirilenko hangat, Maria Kirilenko privasi, Maria Kirilenko yayasan, Maria Kirilenko informasi, Maria Kirilenko info,  Maria Kirilenko harian, Maria Kirilenko poster, Maria Kirilenko jadwal, Maria Kirilenko latar belakang, Maria Kirilenko video, Maria Kirilenko film, Maria Kirilenko tanda tangan, Maria Kirilenko wallpaper, Maria Kirilenko biografi, Maria Kirilenko blog, Maria Kirilenko usia, Maria Kirilenko  profil, website Maria Kirilenko,Maria Kirilenko  foto, Maria Kirilenko  berat, Maria Kirilenko wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia,sukan,sains,teknologi