Ketiadaan Bridge tidak jejas England

Ketiadaan Bridge tidak jejas England

Ketiadaan Bridge tidak jejas England

LONDON – Persediaan kempen Piala Dunia pasukan England tidak akan tergugat dengan penarikan diri Wayne Bridge daripada beraksi bersama skuad kebangsaan ekoran skandal yang mengaitkan namanya itu, kata Fabio Cappello.

Penyenaraian senarai akhir pemain di Afrika Selatan yang bakal dibuat Capello, kucar-kacir angkara hubungan terlarang John Terry dengan bekas kekasih Bridge, Vanessa Perrocel.

Pengurus Itali itu melucutkan tugas ketua pasukan England dari Terry, namun perkara itu tidak memadai buat Bridge, yang kemudiannya mengumumkan tidak akan bersama skuad kebangsaan, kerana bekas rakan pasukannya itu masih beraksi bersama.

Keputusan itu mengakibatkan Cepello gusar kerana pilihan bek kiri utamanya, Ashley Cole pula berehat tiga bulan kerana kecederaan buku lali, dan menyebabkan jurulatih itu bergelut dengan masa untuk memilih pemain skuad Piala Dunia.

Bridge turut menunjukkan emosinya terhadap Terry, kelmarin apabila, dia enggan bersalam dengan musuhnya itu, sebelum Manchester City berjaya mempamerkan aksi memukau, menang 4-2 menentang Chelsea.

Bagaimanapun, Capello masih berharap dapat memujuk Bridge untuk menukar fikirannya sebelum menyenaraikan skuad akhirnya, bagaimanapun dia menegaskan skuad kebangsaan tidak akan terganggu dengan perselisihan faham kedua-dua pemain itu.

“Saya hormati keputusan Wayne Bride tetapi kami masih ada tiga bulan untuk dia mengubah fikirannya. Saya membuka peluang untuk semua pemain dan peluang itu terbuka untuk Wayne Bridge juga.

“Bridge mempunyai visi yang berbeza yang dia fikir yang terbaik untuknya dalah keluar daripada pasukan.

“Ini merupakan pendapat pemain dan saya fikir dia boleh meninggalkan masalahnya untuk pasukan in. Dia tahu, jika dia mengubah fikiran, peluang itu masih ada.

“Dalam hidup, saya hanya bermain untuk satu Piala Dunia sahaja. Tidak mudah untuk bermain dalam Piala Dunia. Tidak banyak peluang dan dia tidak ingin mengambil peluang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Terry, yang percaya akan mendapat kembali jawatan ketua pasukan England pada masa depan, terpaksa melupakan impian itu apabila Capello meranapkan harapan pemain berusia 29 tahun itu yang mengeluarkan kenyataan tidak akan memberikan lagi jawatan itu padanya

England, England kini, England terkini, England terbaru, England baru, England skandal, gambar England, foto England, video England, biodata England, biografi England, sejarah England, web England, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Englandan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, England, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,