Kes liwat Anwar ditunda lagi?

Kes liwat Anwar ditunda lagi?

Kes liwat Anwar ditunda lagi?

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula esok mungkin ditunda lagi kerana Mahkamah Tinggi di sini perlu mendengar terlebih dahulu permohonan beliau untuk menangguhkan perbicaraan.

Meskipun telah berkali-kali tertangguh sejak Julai tahun lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seperti terdesak mahu menangguhkan lagi perbicaraan yang dijadualkan didengar oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan.

Kali ini Anwar memberi alasan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat itu masih belum didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan sehingga kini belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat pada 1 Disember tahun lalu.

Justeru, sebelum saksi-saksi dipanggil memberi keterangan esok, Hakim Mohamad Zabidin perlu mendengar permohonan penangguhan oleh Anwar yang difailkan pada 28 Januari lalu iaitu lima hari sebelum perbicaraan dijadualkan bermula.

Selepas selesai mendengar permohonan itu, barulah Hakim Mohamad Zabidin boleh memutuskan sama ada perbicaraan akan diteruskan atau ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Perbicaraan yang akan menarik perhatian umum itu sebelum ini ditetapkan pada 25 Januari hingga 25 Februari ini tetapi ditangguhkan kepada 2 Februari atas perintah Mahkamah Persekutuan.

Ia bagi membolehkan mahkamah tertinggi negara itu membuat keputusan pada 29 Januari lalu terhadap rayuan Anwar agar dokumen-dokumen penting pihak pendakwaan dan contoh spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) Mohd. Saiful Bukhari Azlan dibekalkan kepadanya.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya menolak rayuan Anwar dan sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan kes liwat itu pada asalnya ditetapkan pada 1 hingga 24 Julai tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan beberapa kali setelah Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan.

Dua permohonan dikemukakan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin dan dua lagi permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas).

Di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan supaya pihak pendakwaan membekalkan dokumen-dokumen penting kepadanya dan permohonan membatalkan pertuduhan liwat.

Di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pula, Anwar memohon untuk menggugurkan keseluruhan pasukan pendakwaan dan membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tidak ada fakta memihak pembelaan.

Ketiga-tiga permohonan itu turut ditolak di peringkat Mahkamah Tinggi.

Anwar, 63, menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pemimpin pembangkang itu pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos 2008 selepas bekas pembantunya membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya.

Kes, Kes kini, Kes blog, Kes terbaru, Kes baru, Kes berita, gambar Kes, foto Kes, video Kes, biodata Kes, biografi Kes, sejarah Kes, web Kes, Kes terkini, Kes terbaru, Kes penting, Kes dunia, Kes Kes, Kes malaysia, Kes melayu, Kes indon, Kes indonesia, Kes kl, Kes tv,, Kes gay, Kes artis, Kes hiburan, Kes sukan, Kes ekonomi, Kes sains, Kes teknologi, Kes kesihatan, Kes sejarah, Kes politik, Kes bf1, dunia, Kes, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi