Kenderaan 130 tahun rempuh dinding

Kenderaan 130 tahun rempuh dinding

Kenderaan 130 tahun rempuh dinding

FORD, Britain – Sebuah kenderaan penunda berusia 130 tahun yang menggunakan enjin stim merempuh dinding sebuah taman di sini. Pemandu kenderaan itu hilang kawalan di sebuah bukit menyebabkan ia terbabas dan melanggar dinding tersebut baru-baru ini.

Tiga orang yang menaiki kenderaan tersebut tidak cedera namun anggota-anggota bomba di lokasi kejadian pada mulanya berasa bimbang enjin stim itu akan meletup.

Semasa kejadian, kenderaan itu cuma selaju lapan kilometer sejam.

Kenderaan penunda itu mempunyai nama S Kavanagh dan kontraktor jalan Surrey.

Semasa kejadian, kenderaan itu menarik sebuah karavan sebelum ia merempuh dinding pada pukul 9.30 pagi.

Kenderaan penunda itu yang diberi gelaran lokomotif jalan menjadi popular di Britain pada tahun 1850-an.

Ia kerap digunakan untuk mengangkut kenderaan berat dan bergerak pada kelajuan antara 4.8 kilometer sejam hingga 6.4 kilometer sejam.

Kenderaan, Kenderaan kini, Kenderaan terkini, Kenderaan terbaru, Kenderaan baru, Kenderaan skandal, gambar Kenderaan, foto Kenderaan, video  Kenderaan, biografi Kenderaan, sejarah Kenderaan, web Kenderaan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia