Kembar siam Sudan berjaya dipisahkan

Kembar siam Sudan berjaya dipisahkan

LONDON 19 Sept. – Sepasang kembar siam berusia 11 bulan yang lahir dalam keadaan kepala bercantum berjaya dipisahkan dalam beberapa siri pembedahan di London.

Pertubuhan amal yang berpangkalan di London, Facing the World semalam berkata, kembar siam tersebut, Rital dan Ritaq Gaboura lahir di Sudan dengan keadaan kepala mereka bercantum.

Menurutnya, keadaan Rital dan Ritaq terdedah kepada masalah perubatan yang serius jika tidak dibedah dan ibu bapa kembar itu meminta derma untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan kedua-dua anak mereka.

Kedua-dua bayi itu akhirnya dipisahkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Great Ormond Street di London pada bulan lepas dan berada dalam keadaan sihat.

Kembar siam yang lahir dalam keadaan tersebut dikenali sebagai ‘kembar craniopagus’ dan ia hanya berlaku sekali dalam 2.5 juta kelahiran serta peluang untuk memisahkan mereka jarang sekali berjaya.

Kembar, siam, Sudan, berjaya, dipisahkan, LONDON, Sepasang, kembar siam, berusia, bulan, lahir, kepala, bercantum, berjaya, siri, pembedahan, Pertubuhan, amal, Facing, the World, semalam, berkata, kembar siam, Rital, Ritaq, Gaboura, lahir, bercantum, Great, Ormond, Street, berada, keadaan, sihat, craniopagus, berlaku, juta, kelahiran, peluang, memisahkan, jarang, berjaya, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web