Kejutan Kleybanova

Kejutan Kleybanova

Kejutan Kleybanova

KEJUTAN berlaku pada Kejohanan Tenis Jelajah WTA Terbuka Malaysia semalam.

Mana tidaknya, satu demi satu pemain pilihan tersingkir dan terbaru pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kelab Ekuestrian & Country Resort Bukit Kiara, pilihan pertama kejohanan, Elena Dementieva dari Rusia pula yang menjadi mangsa.

Dementieva tewas kepada pemain No. 29 dunia yang juga rakan senegara Alisa Kleybanova dengan straight set, 6-3, 6-2.

Kekalahan mengejut yang dialami Dementieva itu sekali gus memberi laluan kepada pemain pilihan keempat Kleybanova untuk meraih gelaran WTA pertama sejak bergelar pemain profesional pada tahun 2003 iaitu ketika usianya hanya 14 tahun.

Kleybanova yang merupakan pemain pilihan keempat mengukir sejarahnya yang tersendiri di Kuala Lumpur dengan kemenangan yang diraih menerusi aksi bertenaga selama satu jam 31 minit walaupun terpaksa menghentikan perlawanan kira-kira satu jam kerana hujan lebat.

“Semua pukulan saya menjadi dan saya gembira dengan permainan saya. Saya berasa sangat selesa dan yakin pada perlawanan akhir ini berbanding empat perlawanan sebelum ini.

“Saya akan terus mengingati Kuala Lumpur kerana di sinilah saya meraih gelaran WTA saya yang pertama. Tempat ini sungguh istimewa.

“Ini merupakan saat yang saya tunggu-tunggu sejak sekian lama. Saya berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.

“Saya gembira beraksi di sini dan ia seperti berada di tempat sendiri. Saya juga berharap untuk kembali ke sini pada tahun depan,” katanya yang meraih hadiah wang tunai bernilai $37,000 (RM125,837).

Sementara itu, Dementieva terpaksa akur dengan kekalahannya, namun tetap berpuas hati dengan permainannya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Alisa dan semua penyokong yang tidak henti-henti memberikan sokongan walaupun pada waktu hujan.

Kleybanova, Kleybanova kini, Kleybanova terkini, Kleybanova terbaru, Kleybanova baru, Kleybanova skandal, gambar Kleybanova, foto Kleybanova, video Kleybanova, biodata Kleybanova, biografi Kleybanova, sejarah Kleybanova, web Kleybanova, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Kleybanovaan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Kleybanova, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,