Kebakaran makin marak di Kepulauan Canary

Kebakaran makin marak di Kepulauan Canary

lu_04.1

Kebakaran makin marak di Kepulauan Canary

LA PALMA Kepulauan Canary – Kebakaran hutan yang diburukkan oleh angin kencang telah memaksa kira-kira 4,000 penduduk di sini meninggalkan kediaman masing- masing, kata kerajaan Sepanyol.

‘‘Api yang marak di kawasan lereng bukit yang curam di bahagian tenggara pulau yang menempatkan gunung berapi terpendam, San Antonio telah memusnahkan beberapa buah rumah dan boleh menghapuskan habitat hidupan liar,’’ kata pekerja alam sekitar Narciso Lorenzo melalui telefon.

Kepulan asap tebal dari pulau itu yang dianggarkan setinggi lebih 1,000 meter, boleh dilihat dengan jelas dari pesawat yang mendarat di lapangan terbang La Palma.

Punca kebakaran masih belum diketahui, namun cuaca panas selama beberapa hari telah menyebabkan keadaan kering di La Palma yang biasanya hijau – kawasan di Kepulauan Canary Sepanyol yang paling kurang membangun dan paling hijau, di luar persisiran Afrika Barat.

Penyanyi pop, Madonna pernah memuji La Palma di dalam lagunya, La Isla Bonita.

Seluruh pasukan bomba pulau itu termasuk beberapa pesawat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dari tiga arah berbeza sekitar bandar Fuencaliente.

‘‘Sepanyol menghantar Unit Kecemasan Tentera daripada pulau Tenerife berhampiran dan satu batalion dari kem tentera tanah besar dekat Seville disediakan untuk ke La Palma,’’ kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 52 orang telah diselamatkan menggunakan bot daripada kawasan yang terkenal dengan hutan pain Canary dan ladang anggur itu.

Satu lagi kebakaran yang lebih kecil telah dikawal berhampiran pulau La Gomera, 30 kilometer arah tenggara La Palma.

Sementara itu, di tanah besar, anggota bomba bertarung dengan empat kebakaran hutan, dari Candamo di utara Asturias hingga ke Cortegana di barat daya Huelva, ujar kementerian.

Sepanjang musim panas setakat ini, kebakaran hutan telah meragut tujuh nyawa dan memusnahkan kira-kira 75,000 hektar hutan dan kawasan ladang di Sepanyol, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Kebakaran, Kebakaran berita, Kebakaran kini, Kebakaran dunia, Kebakaran asia, Kebakaran malaysia, Kebakaran melayu, Kebakaran indon, Kebakaran indonesia, Kebakaran kl, Kebakaran foto, Kebakaran gambar, Kebakaran bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1