Keane optimis United mampu pertahan trofi

Keane optimis United mampu pertahan trofi

LONDON – Bekas kapten Manchester United, Roy Keane percaya The Red Devils mampu mempertahankan trofi Liga Perdana England musim ini.

Legenda United itu berkata demikian selepas United menundukkan seteru utamanya, Manchester City 3-2 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad lalu.

Keane percaya City merupakan satu-satunya kelab yang mampu menggugat United untuk mendominasi saingan liga domestik.

Dalam masa yang sama, Keane menganggap City mempunyai potensi untuk menyingkirkan salah satu pesaing utama United seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool.

Secara terbuka, Keane memperlekeh ketiga-tiga kelab tersebut sambil berkata: “Chelsea menghadapi masalah dalaman yang akan memusnahkan kelab itu sendiri.

“Arsenal pula tidak membawa masuk pemain yang berkaliber untuk merampas gelaran juara liga.

“Liverpool… masih jauh lagi untuk memenangi trofi liga,” ujarnya.

Keane menambah Pengurus United, Alex Ferguson ada mengatakan saingan liga (menjadi) semakin sukar tetapi saya tidak berasa demikian.

“Jika United mampu mengekal aksi dan prestasi seperti itu (ketika perla- wanan Perisai Komuniti), dengan mudah mereka mampu menjulang sekali lagi gelaran juara liga.

“Musim lalu menyaksikan United jatuh daripada persada liga buat seketika tetapi waktu itu tidak ada satu kelab yang cukup kuat untuk mengambil kesempatan itu daripada United,” jelasnya.

Bagi saingan musim ini, United kehilangan khidmat pemain berpengalaman seperti Edwin van der Sar, Paul Scholes, Gary Neville, John O’Shea dan Wes Brown.

Bagaimanapun, Keane tetap yakin skuad The Red Devils masih mampu mengekalkan gelaran juara liga dengan dibarisi bintang muda berpotensi seperti Chris Smalling dan Danny Welbeck.

berita baru, berita, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita sukan, berita terkini, Bekas, kapten, Manchester, United, Roy Keane, The Red Devils, mempertahankan, trofi Liga Perdana, England, musim, ini, Legenda, United, selepas United, Manchester City, Perisai, Komuniti, Stadium Wembley, United, mampu, mengekal, aksi, prestasi, menjulang, gelaran juara, liga