Kapal perang Zionis pintas bot aktivis Yahudi

Kapal perang Zionis pintas bot aktivis Yahudi

Kapal perang Zionis pintas bot aktivis Yahudi

GAZA CITY 28 Sept. – Kapal-kapal perang Israel hari ini memintas sebuah bot aktivis keamanan Yahudi yang cuba melanggar sekatan rejim Zionis ke atas Genting Gaza selepas bot itu tidak mengendahkan arahan supaya menukar haluan.

Israel telah memberi amaran akan menyekat bot tersebut dan mengarahkannya belayar ke pelabuhan Ashdod yang berdekatan jika ia memasuki perairan Gaza.

“Sepuluh kapal perang Israel memaksa bot itu mengubah haluan ke Ashdod, tetapi tanpa menaiki bot.

“Mereka menyerah diri kerana mereka dikepung. Mereka tidak ada pilihan,” kata seorang penganjur di Gaza, Amjad al-Shawa.

Shawa berkata, kapal-kapal perang Israel mengepung bot layar yang didaftar di Britain itu dan memberi amaran akan menyekatnya dengan kekerasan jika ia meneruskan pelayaran ke Gaza.

Sebelum itu seorang aktivis di dalam bot tersebut, Yonatan Shapira berkata, mereka telah dihubungi oleh tentera laut yang mengarahkan bot ‘Irene’ menukar haluan.

“Mereka berkata kami menghampiri kawasan yang dikenakan sekatan tentera laut dan mengarahkan kami mengubah haluan,” kata Shapira ketika bot itu berada kira-kira 30 kilometer dari pantai Gaza.

Irene membawa tujuh aktivis Yahudi dari Israel, Britain, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) dan dua wartawan, seorang daripadanya rakyat Israel.

Pelayaran Irene dianjurkan oleh pertubuhan Jews for Justice for Palestinians (Yahudi menuntut Keadilan bagi Rakyat Palestin) yang berpangkalan di London.

Tokoh Britain yang disenaraikan sebagai penyokong di laman webnya termasuk pelawak dan pelakon, Stephen Fry dan Marion Kozak iaitu ibu kepada pemimpin Parti Buruh yang baru dipilih, Ed Miliband dan bekas Menteri Luar, David Miliband.

Kapal perang, Kapal perang kini, Kapal perang terkini, Kapal perang terbaru, Kapal perang baru, Kapal perang skandal, gambar Kapal perang, foto Kapal perang, video Kapal perang, biografi Kapal perang, sejarah Kapal perang, web Kapal perang, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia