Kapal Angkasa Endeavour dilancar selepas 5 kali tangguh

Kapal Angkasa Endeavour dilancar selepas 5 kali tangguh

st_02.1

Kapal Angkasa Endeavour dilancar selepas 5 kali tangguh

Beberapa serpihan kelihatan tertanggal daripada tangki bahan bakar bahagian luar Endeavour semasa kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Florida.

Endeavour akhirnya berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada pukul 6.03 petang (6.03 pagi ini waktu Malaysia) setelah pelancarannya dibatalkan sebanyak lima kali dalam tempoh beberapa minggu lalu disebabkan cuaca buruk dan masalah teknikal.

Kapal angkasa itu meluncur ke angkasa lepas dengan kepantasan mengatasi kelajuan bunyi, dengan kelajuan 26,000 kilometer sejam dalam masa kurang sembilan minit.

Lapan minit selepas pelancaran, Endeavour memasuki orbit pada paras 225 kilometer di atas bumi dan sejurus kemudian kapal angkasa itu kelihatan berpisah daripada tangki bahan bakar bahagian luarnya.

Endeavour dijadual tiba di ISS esok dan tujuh anak kapalnya akan memulakan tugas untuk menyiapkan pemasangan makmal Kibo Jepun.

Seorang pegawai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) tidak memandang serius kemungkinan berlakunya kerosakan berpunca daripada serpihan yang boleh dilihat mengenai Endeavour kira-kira dua minit selepas pelancarannya, dalam imej yang disiarkan oleh NASA TV.

Serpihan itu mungkin ais atau penebat berbusa yang tertanggal daripada tangki bahan bakar bahagian luar, kata pentadbir bersekutu NASA bagi operasi angkasa lepas, Bill Gerstenmaier.

“Kami telah mengalami beberapa kejadian kehilangan penebat berbusa sebelum ini, dan anda boleh melihat beberapa kesan putih yang menandakan jubin kemik di bahagian depan pesawat itu.

“Kami tidak menganggapnya sebagai masalah, kesan kemik itu kemungkinan disebabkan kehilangan lapisan salut,” jelas beliau.

Gerstenmaier, bagaimanapun berkata, pakar akan meneliti imej berkenaan dan kemudian bahagian luar Endeavour akan diperiksa dengan rapi oleh krewnya dan krew ISS.

NASA mengambil sikap berhati-hati mengenai keadaan kapal angkasa itu semasa pelancaran dan kepulangannya sejak pesawat Columbia meletup kira-kira 20,000 meter di atas permukaan bumi pada 2003 sekembalinya daripada misi selama 16 hari di angkasa lepas untuk mendarat di Florida.

Kapal Angkasa, Kapal Angkasa berita, Kapal Angkasa kini, Kapal Angkasa dunia, Kapal Angkasa asia, Kapal Angkasa malaysia, Kapal Angkasa melayu, Kapal Angkasa indon, Kapal Angkasa indonesia, Kapal Angkasa kl, Kapal Angkasa foto, Kapal Angkasa gambar, Kapal Angkasa bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1