Kapal angkasa Discovery dalam misi terakhir

Kapal angkasa Discovery dalam misi terakhir

Kapal angkasa Discovery dalam misi terakhir

CAPE CANAVERAL 21 Sept. – Kapal angkasa Discovery kini sedang dibawa ke tapak pelancaran untuk kali yang terakhir.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengeluarkan Discovery dari hangar malam tadi untuk memulakan perjalanan sejauh 5.5 kilometer ke tapak pelancaran.

Ia merupakan saat pahit manis untuk agensi angkasa itu, yang kini tinggal dua lagi misi ke angkasa lepas.

Discovery akan berlepas 1 November ini untuk ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sebelum diikuti penerbangan kapal angkasa Endeavour pada Februari depan sebagai penutup kepada misi angkasa selama 30 tahun.

Beberapa orang petugas dan anggota keluarga mereka berkumpul untuk melihat perjalanan Discovery ke tapak pelancaran buat kali terakhir.

Beratus-ratus pekerja kontrak akan kehilangan pekerjaan bermula 1 Oktober ini dalam gelombang berterusan pemberhentian kerja. Masa depan NASA sendiri tidak menentu kerana timbul rasa tidak setuju Washington berhubung program roket yang seterusnya.

Kapal angkasa, Kapal angkasa kini, Kapal angkasa terkini, Kapal angkasa terbaru, Kapal angkasa baru, Kapal angkasa skandal, gambar Kapal angkasa, foto Kapal angkasa, video Kapal angkasa, biografi Kapal angkasa, sejarah Kapal angkasa, web Kapal angkasa, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia