Jerman hampakan samba Brazil

Jerman hampakan samba Brazil

STUTTGART – Mario Goetze meledak satu gol untuk membantu Jerman menewaskan Brazil 3-2 pada aksi persahabatan awal pagi semalam, sekali gus menjadi kemenangan pertama Jerman ke atas Brazil sejak 18 tahun.

Pemain muda berusia 19 tahun itu menjaringkan gol kedua Jerman pada minit ke-67 setelah Bastian Schweinsteiger menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-61.

“Goetze memiliki tahap keinginan yang luar biasa. Dia sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian. Ia satu perkara mudah yang mampu menjadikannya seorang pemain hebat,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Robinho merapatkan kedudukan buat Brazil menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 tetapi Andre Schuerrle menjarakkan semula kedudukan 3-1 pada minit ke-80 sebelum Neymar menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-90.

Jurulatih Brazil, Mano Menezes berkata: “Jerman tampak lebih baik pada keseluruhan perlawanan ini. Kami perlu kurangkan kesilapan individu kerana inilah yang akan menjadi penentu pada aksi tahap tinggi seperti ini.”

Perlawanan tersebut berlangsung di hadapan 55,000 penonton yang memenuhi stadium selain ia turut disiarkan secara langsung di 190 buah negara.

Loew menambah: “Pada perlawanan ini, kami langsung tidak membenarkan Brazil untuk menguasai permainan.”

Kali terakhir Jerman berjaya menewaskan Brazil ialah dengan kemenangan 2-1 pada 17 November 1993 di Cologne.

Selepas kandas di suku akhir Copa America 2011, jurulatih Brazil memilih untuk menurunkan beberapa muka baru seperti pemain tengah Corinthians, Ralf dan pemain pertahanan Vasco da Gama, Dede.

Manakala Jerman pula membariskan tujuh pemain Bayern Munich dalam kesebelasan utama selain Goetze mempunyai penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan.

Jerman hampakan, Jerman hampakan asia, Jerman hampakan baru, Jerman hampakan berita, Berita Asia, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Jerman, hampakan, samba, Brazil, Mario Goetze, gol, Brazil, persahabatan, pagi, semalam, Jerman, Brazil, Pemain, muda, Jerman, Bastian, Schweinsteiger, sepakan, penalti