Jaringan Silva rentap maruah Barcelona

Jaringan Silva rentap maruah Barcelona

BARCELONA – Jaringan lewat perlawanan menerusi Thiago Silva ternyata memberi kelegaan buat AC Milan apabila mengikat Barcelona 2-2 pada aksi peringkat Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Nou Camp itu, Milan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan pantas Alexandro Pato hanya selepas 24 saat perlawanan bermula.

Bagaimanapun, gol awal Milan tidak menjejaskan rentak permainan The Catalan apabila mereka dilihat berjaya menguasai perlawanan dan hasilnya Pedro menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Barcelona terus membuktikan status mereka selaku gergasi Eropah apabila David Villa meledak gol kedua pada minit ke-50.

Tatkala skuad kendalian Pep Guardiola itu seakan-akan bakal mengutip tiga mata penuh, namun Silva memusnahkan Barcelona hasil tandukannya pada minit-minit terakhir perlawanan.

“Ia bukan satu perlawanan yang mudah buat kami (Barcelona) kerana pemain saya terlalu sukar memasuki kotak penalti pihak lawan yang dikerumuni lapan pemain yang bertahan.

“Kami telah cuba, tetapi pada lewat babak perlawanan, mereka (Milan) berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang diperoleh,” kata Guardiola.

Meskipun memuji aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya, jurulatih Milan, Massimiliano Allegri tetap mengakui bahawa Barcelona masih merupakan sebuah pasukan terbaik dunia.

“Barcelona masih merupakan pasukan terbaik dunia tetapi kadangkala mereka juga tidak terlepas daripada hanya mencatatkan keputusan seri.

“Itu yang hebatnya bola sepak kerana kadangkala kamu akan tewas tanpa dijangka dan untuk masa depan, kamu akan menang tanpa dijangka juga,” kata Allegri.

Jaringan, Silva, rentap, maruah, Barcelona, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Jaringan, lewat, perlawanan, Thiago, Silva, kelegaan, buat, AC Milan, mengikat, Barcelona, aksi, peringkat, Kumpulan, kempen, Liga, Juara-Juara, awal, pagi, semalam,Nou Camp, Milan, menerusi, jaringan, pantas, Alexandro, Pato, saat, perlawanan, bermula, Milan, permainan, The, Catalan, berjaya, menguasai, perlawanan, Pedro, menyamakan, kedudukan, minit