James halangan utama United

James halangan utama United

James halangan utama United

MANCHESTER – Penjaga gol Portsmouth, David James dianggap sebagai satu-satunya halangan utama Manchester United bagi memburu kejuaraan Liga Perdana England buat kali keempat berturut-turut.

Ini kerana, James pasti mahu menampilkan aksi terbaiknya ketika berdepan United malam ini jika berhasrat menyarung jersi No. 1 England pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun depan.

James kini menjadi pilihan kedua dalam skuad England di belakang penjaga gol West Ham, Robert Green dan dia sedar aksi cemerlangnya malam ini bakal memulihkan semula reputasinya sebagai penjaga gol utama England.

“Saya tidak mahu hanya duduk di bangku simpanan dan menyaksikan Portsmouth tersingkir daripada Liga Perdana England begitu saja,” kata James.

“Saya mahu menyelamatkan pasukan ini dengan memberi aksi terbaik pada setiap perlawanan.

“Jika saya mampu melakukannya, saya bukan saja membantu pasukan ini, malah juga masa depan saya dalam skuad England.”

Namun jika United berjaya membenam Portsmouth, ia bakal menyaksikan The Red Devils kembali merampas takhta pendahulu liga, sekali gus memberi tekanan ke atas Chelsea yang akan bertemu Arsenal esok.

Pengurus Portsmouth, Avram Grant yang hampir meninggalkan kelab itu minggu lepas, telah mengubah pendiriannya untuk terus kekal di Fratton Park.

“Selagi kami masih memiliki peluang, kami akan terus berjuang,” kata Grant.

“Keadaan kelab ini sekarang amat sukar tetapi saya tetap berbangga dengan pemain. Saya rasa kalau semuanya agak tenang sedikit, kami mungkin mampu mencatat keputusan lebih baik.”

James halangan, James halangan berita, James halangan kini, James halangan dunia, James halangan asia, James halangan malaysia, James halangan melayu, James halangan indon, James halangan indonesia, James halangan kl, James halangan foto, James halangan gambar, James halangan terkini, James halangan web, James halangan harian, James halangan baru, James halangan bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi James halangan,James halangan ekonomi