Istana indah Bill Gates

Istana indah Bill Gates

lu_10.1

Istana indah Bill Gates

BILL Gates nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seantero dunia mengetahui mengenai kekayaan pengasas Microsoft ini, namun tidak ramai mengetahui bagaimana beliau menjalani kehidupan sehariannya.

Sebagai manusia terkaya di dunia dan genius komputer pasti ramai tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa kediaman Gates. Mungkin ada yang membayangkan ia dipenuhi dengan pelbagai jenis gadget yang pelik-pelik atau timbunan barang-barang lusuh hasil uji kaji beliau tidak menjadi.

Rumah Gates cukup besar untuk digelar rumah agam yang mengadap ke Tasik Washington di Medina, Washington atau alamat tepatnya, 1835 73rd Ave NE, Medina, WA 98039.

Bagaimanapun jika ada sesiapa yang memasang niat tidak baik untuk menceroboh dan mencari barang-barang berharga di rumah ini, baik berfikir dua kali kerana kemungkinan kediaman tersebut dilindungi oleh robot yang dengan lengkap senjata laser. Siapa tahu!

Apa yang pasti kediaman mewah ini direka oleh seorang lelaki bernama James Cutler, yang lebih dikenali sebagai arkitek bagi kediaman stail-Northwest.

Bagaimanapun Pacific lodge adalah stail yang dipilih bagi kediaman ini. Kenapa digelar begitu? Kerana ia dibuat daripada panel-panel kayu bersaiz besar memperlihatkan ia seolah-olah sebuah kabin di tengah hutan.

Malangnya gambar-gambar bagi kompleks kediaman Gates adalah milik peribadi dan telah diberi hak cipta. Memang ada banyak gambar yang telah diambil tetapi sebahagian besarnya hanya gambar bahagian luar bangunan dan kawasan taman.

Kediaman tersebut meliputi kawasan seluas lebih 66,000 kaki persegi (6,131 meter persegi) bersamaan dengan 5.5 ekar (2.2 hektar). Ia dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 24 bilik air, enam dapur dan enam tempat pendiangan.

Saiz tersebut 30 kali ganda lebih besar daripada saiz kediaman rakyat biasa Amerika Syarikat (AS) iaitu 2,000 kaki persegi (185.8 meter)

Gates membeli lot tanah tersebut pada harga AS$2 juta (RM 7 juta) pada 1988. Selepas tujuh tahun melakukan pengubahsuaian secara intensif, mengikut rekod King County, pada 2005 saja nilai sebenar hartanah tersebut (tanah dan rumah) ialah AS$200 juta (RM700 juta) dan cukai hartanah tahunannya ialah AS991,000 (RM3.46juta) . Bayangkan saja berapa nilainya sekarang, pasti berlipat kali ganda.

Kediaman moden ini turut dilengkapi dengan sistem elektronik tercanggih hampir di setiap ruang dan hiasan dalaman yang cukup hebat.

Walaupun reka bentuk rumah lebih mirip kepada rumah agam abad ke 18 atau 19, ia juga diberi sentuhan-sentuhan klasik di samping banyak kualiti yang unik.

Antara ciri-ciri yang menakjubkan, lantai yang sensitif dengan tekanan. Pada bila-bila masa anggota keluarga itu atau kakitangan keselamatan mereka boleh mengetahui siapa berada di rumah dengan melihat berat tapak kaki mereka.

Lampu akan hidup secara automatik apabila seseorang memasuki rumah. Di belakang kertas dinding pula tersembunyi speaker bagi membolehkan bunyi muzik ‘mengikuti’ tetamu yang datang dari satu bilik ke satu bilik.

Pad sesentuh mudah alih akan mengawal segala-galanya daripada set TV hingga kepada suhu dalam rumah dan lampu yang akan menerangkan atau memalapkan rumah mengikut suasana.

Pelawat yang datang akan diperiksa dan diberi mikrocip yang akan menghantar isyarat ke seluruh rumah dan akan menukar suhu bilik dan lain-lain keperluan mengikut kehendak pelawat tersebut.

BILL Gates, BILL Gates musik, BILL Gates video, BILL Gates foto, BILL Gates cinta, BILL Gates berita, BILL Gates awek, BILL Gates kontraksi, BILL Gates Hiburan, BILL Gates malaysia, BILL Gates Melayu, BILL Gates Indon, BILL Gates Indonesia, BILL Gates gambar, BILL Gates cerita, BILL Gates pilihan, BILL Gates kl, BILL Gates bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan